Saturday, October 24, 2009

cinta- fitrah menjadi anugerah


hubungan cinta jangan di cemari dengan oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. lebih banyak pelanggaran berlaku lebih tinggilah kemusnahan yang akan berlaku. jangan kuat tertipu dengan pesona cinta di hiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.

CINTAILAH SESIAPAPUN ASALKAN CINTA ITU MEMBERI LORONG YANG SEBAIK-BAIKNYA UNTUK TERUS MENYINTAI ALLAH

cinta haruslah di bina atas dasar cinta kepada Allah.. contohnya kita akan mendahulukan cinta kepada Allah mengatasi kehendak cinta kita kepada yang lain. cinta suci tumbuh atas tapak yang murni dan selalunya di dorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik.

cinta sebegini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah tetapi cinta seperti ini pasti akan membawa kepada perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. bahkan dengan izin Allah akan bersambung di akhirat.

tapak asas cinta ini lah yang melahirkan zuriat keturunan yang baik sebagai penambah seri dalam sesebuah keluarga malah merekalah yang menerajui dalam perjuangan islam.

mereka sekeluarga saling cinta menyintai kerana Allah dan Allah akan menyintai mereka. hidup mereka penuh rahmah dan sakinah sehingga badai tidak mampu menguraikan ikatan cinta mereka walaupun sedikit. bagi mereka syurga di dunia dan di akhirat dan ketika itu fitrah menjadi anugerah.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)

wallahu'allam

2 comments:

Anonymous said...

"cinta 2 adlh perasaan y msti ad pd tiap2 dr manusia, ia lksna setitis embun y turun dr langit, bersih & suci. cuma tnhnyalah y berlainan menerimanya. jika ia jatuh ke tanah y tndus, tumbuhlah oleh krn embun 2 kedurjanaan, kedustaan, penipu, lgkh serong & len prkra y tcela. ttp jk ia jtuh kpd tnh y subur, dsne akn tmbh kesucian hati, keikhlasn, setia budi pekerti y tggi & len2 perangai y terpuji"-hamka-

Unknown said...

time kasih sbb sudi berkongsi..
moga2 bermanfaat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...