Friday, June 4, 2010

atau sekadar kata...

tadi terbaca ym yang di hantar seorang kawan pasal seorang saudara yang merupakan salah seorang malaysian yang menyertai konvai. wallahu'alam kebanarannya apa yang di ceritakan pengalaman sepanjang berada di sana. membuatkan saya membuak-buak semangat yang hilang lama sebab bergelumang dengan benda-benda lain.

saya teringat kembali masa ppd session first year,  bila di tanya mengapa mahu menjadi seorang doktor. seriously saya dah lupa supervisor itu. ada 2 jawapan saya pada masa itu. jawapan pertama kerana terpengaruh dengan majalah i yang saya baca waktu itu sebelum bertukar kepada solusi atas sebab-sebab tertentu. jawapannya kerana hendak menjadi protaz. iaitu profesional ustaz. kerana masyarakat sekarang tidak tahu masalah hukum hakam agama terutama bila melibatkan profesion mereka.

benar. saya terkejut masa reseat hari tu bila dr lim ps bertanyakan pasal darah yang keluar melebihi tempoh haid yang biasa. bagaimana dia nak sembahyang. dr non muslim pun concern pasal tu tapi registrar muslim tu tergagap hendak menjawabnya.

jawapan yang kedua adalah saya suka outdoor. saya hendak join mercy atau aman palestin untuk membantu orang. semangat ini lah yang datang balik. saya dah lupa bahawa satu ketika dulu saya hendak ke sana untuk bersama mereka. dengan membawa title doktor ini. tanpanya mungkin susah untuk ke sana. betul tak?

keadaan manusia memang begitu. pada suatu ketika dia berkobar menyatakan sesuatu. tapi sesuatu itu sedikit demi sedikit  hilang kerana pelbagai sebab di sepanjang jalan. sama masa saya mula-mula buka blog ni. tujuan sebenar kerana dakwah, tak kesah ada orang nak baca atau tidak. yang saya kisah Allah tahu apa yang saya tulis. tapi lama kelamaan saya seperti hendakkan sesuatu daripada blog ini. haih.. fitrah manusia memang cm tu.

hari ni ada demo. seperti biasa saya memang takkan lepaskannya. dengar kata ada 3 tempat. di tabung haji pkul 10 pg. kat masjid kg baru dan masjid negara lepas jumaat. kat kelantan pun ada kat stadium muhammad ke 4. solat hajat dan ceramah tok guru sekali. insyaAllah, jangan pulak habis demo pergi makan mcD. baliknya pula tido sepanjang masa sampai terlepas solat jemaah. esoknya pula pegi enjoy2 tengok wayang. untuk apa kita demo kalau macam tu? lebih kepada nafsu je..

p/s: kenapa rasa post baru-baru ini macam x de ilmu je. .. haih
      pilih tempat demo yg betul ye. hehehe

3 comments:

Anonymous said...

Salam..Menarik. Impian seorg doktor yg bermatlamat tinggi untk jalan agama.Semoga dipermudahkan oleh Allah...slmt berdemo.

Unknown said...

moga ia tak jadi sekadar sebuah kata..

Anonymous said...

insyaAllah.."dan sesungguhnya Allah akn menolong sesiapa yg menolong agama-Nya (agama Islam;sesungguhnya Allah Maha Kuat,lagi Maha Kuasa. (Al-Hajj:40)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...