Saturday, September 4, 2010

ramadan tak cukup..

Salam Kembara Ramadan

magiknya ramadan ini. bermulanya ramai muslimin muslimat mula memenuhi surau dan masji-masjid. penuhnya tempat-tempat ibadat ini ibarat sembahyang jumaat dan hari raya. yang tak pernah datang tiba-tiba muncul. orang mukim pun belum kenal mereka walaupun sudah berpuluh tahun menetap. magik ini la yang buatkan kita seronok menghadapinya. best buat ibadat beramai-ramai ini. tidaklah kita berasa asing. rasa kita ni kuat.

tapi bulan mulia ini semakin dekat meninggalkan kita. sekejap sangat. saya rasa belum puas lagi. tidak tahulah jika di sana ada mereka yang tidak sabar-sabar menanti munculnya syawal. sedikitkan ramadan ini. tidak cukup. jika kita seorang yang benar-benar menghargainya dan tahu kelebihan bulan ini pasti rasa tidak cukup.

bayangkan bulan ramadan ini hanya 30 hari. dalam setahun yang ada 365 hari ni, Allah hanya memilih 30 hari sahaja. sedikitnya tidak sampai 10% daripada setahun itu.

dan cuba kita rasa berapa kali kita akan menempuh ramadan. andai kata umur kita hanya 60 tahun, berdasarkan hadis nabi bahawa umur umatnya 60-70 tahun. kita akan menempuh 60 kali ramadan.

dalam 60 kali ramadan itu berapa kalikah kita tempuhnya dengan sebetulnya. andaikan kita baligh 15 tahun berdasarkan fekah jika tidak bermimpi dan sebagainya. jadi 45 kali kita tempuh dengan kebalighan kita.

dalam kita baligh itu berapa lamakah masa kita belajar untuk mengetahui dan penghayatan dalam ibadat. tambah-tambah pengetahuan dalam ramadan itu sendiri. katakan umur 20 barulah kita benar-benar tahu dan khusyuk dan sebagainya jadi berapakah ramadan yang kita tempuhi sebaik-baiknya. hanya 40 kali.

saya sebagai contoh jika berkerja harus sibuk dengan pelbagai urusan dalam masa 5 tahun sebelum tidak berapa sibuk. jadilah 35 kali.

jika di tolak dalam ramadan itu kita hanya bersungguh-sunguh 10 malam yang terakhir.setiap 35 itu hanya 10 hari sahaja. ibarat  hanya 11 kali sahaja seumur hidup.

Allahuakbar..

tapi Allah tahu semua itu. hambaNya ini tidak mampu untuk konsistent untuk satu bulan. di anugerahkan satu malam yang di mana ibadat padanya lebih baik dari seribu tahun. bukan sama dengan seribu tahun malah lebih dari itu. menurut sesetengah ulamak yang menafsirkan kenapa di umpamakan seribu adalah kerana pada waktu itu tidak ada nilai yang lebih dari seribu. seribu itu paling banyak. dapat di simpulkan disini bahawa lailatulqadar itu lebih baik dari infiniti. tidak ada yang dapat menyamakan kelebihannya.

kasihnya  Allah pada hambaNya. banyak betul offer yang di tawarkan. tawarannya pula extravaganza. kita fikirlah majikan mane yang boleh berikan seumpama itu. Allahuakbar.. tabarakallah...

rugilah hamba-hamba yang tidak merebut peluang ini. sahabat-sahabat sekalian bersama kita tingkatkan ibadat untuk beberapa hari terakhir ini. moga-moga lailatulqadar dan rahmat Allah bersama kita.  doakan keselamatan saya pulang pada malam ini. rindu serambi mekah..


gambar qaryah ramadan


wallahua'lam

3 comments:

Anonymous said...

sedih, kecewa..
Apa yg dh kita perolehi dan perbaiki sepanjang Ramadhan ini? sempat lagikah kita memperbaiki dan melakukan segala benda yg masih blum dilakukan dgn baki Ramadhan yg tinggal beberapa hari saja lg nih?

Anonymous said...

betol kata2 saudara....
masih sempatkah lg kah ramadhan yg tinggal ini utk kami beramal...
sungguh sekejap bulan Ramadhan ini....

Al-Mizan said...

anon2 ni ptt buat blog juga..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...