tukang masak ini sebagaimana namanya perlu memasak dan berikan makan kepda kanak-kanak itu. setiap hari ada 3 kali sehari. pagi petang dan malam. menu adalah terserah kepada tukang masak itu tapi perlulah ada nasi dan lauk.
sepanjang tukang masak itu memasak, seringkali masakannya tidak di habiskan oleh kanak-kanak. ada juga yang tidak datang makan. ada juga makan dengan shift, pagi makan, tengahhari tak makan, kamudian malam makan. kadang-kadang jika terlepas pandang kanak-kanak ini lari ke penempatan lain. ada yang tetap lari dan ada yang lari kamudian datang balik macam penempatan itu bapak dia punya.
tukang masak itu risau. bagaimana nanti kanak-kanak ini. kerana penempatannya adalah yang terbaik. facilities sume lengkap. tandas yang bersih dan pembelajaran juga baik. takutnya dia jika kanak-kanak ini kembali berpenyakit atau pergi ke penempatan lain yang menurutnya tidak lengkap.
lalu dia memanggil kanak-kanak itu dan memberi ceramah.
'makanlah wahai kanak-kanak...makanlah, banyak hikmah jika makan ni'
kebanyakan isi ceramahnya adalah menyuruh supaya makan. jika tidak makan akan mengakibatkan bla...bla..bla.. dia juga mengularkan contoh sejarah bagaimana orang yang tidak makan ini.
keesokannya, makanannya tetap tidak habis. tukang masak itu buntu...
dalam kepala kanak-kanak
' macam mana nak makan kalau makanan tidak sedap, makan sikit-sikit sudah'
ramai orang sering memandang akan kekurangan orang lain, tapi tak ramai melihat kekurangan sendiri
Dari Syadad bin Aus r.a., dari Rasulullah saw., bahwa beliau berkata, ‘Orang yang pandai adalah yang menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. (HR. Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadits hasan’)
No comments:
Post a Comment