Friday, December 24, 2010

flowkan ilmu..

saya risau semakin lama semakin hilang rasa cinta pada ilmu. berbagai alasan saya jadikan untuk tidak menuntut ilmu khususnya ilmu agama. paling risau bila hati tidak merasai dahaganya ilmu itu. depan laptaop yang penuh dengan ceramah saya tidak dapat konsentrat. tidak seperti dulu bersama sahabat menaiki moto honda bulat ke masjid-masjid yang best. sekarang moto lagenda yang rosak jadi alasan.

pernah saya memujuk hati saya bilamana terdetik kenapa nak belajar dalam-dalam tentang ilmu agama. bila nak sampaikan. saya bukan ustaz. pujuk saya pada diri adalah belajarlah untuk diri sendiri. dengan semangat itu saya terus belajar. sebab itu juga saya tidak ingat dalil-dalil sebab saya belajar untuk diri sendiri. saya tahu benda itu perlu sudah cukup.

masa berlalu mengubah situasi hidup. berlatar belakangkan sekolah maahad, saya sering di tanya dengan soalan soalan agama. dari sudut aurat perempuan, mengenai sembahyang, halal haram dan sunat harus. semua pernah di tanya. alhamdulillah kebanyakan terjawab di bantu oleh abang, kak ipar dan abang ipar yang berlatar belakang pengajian agama.

di situ berasa seronok sebenarnya dapat membantu. sebab bagi saya kebanyakan orang sering mencari jawapan -jawapan tapi tidak tahu di mana. semacam menjadi tanggungjawab untuk menjawabnya. untuk mencari bekal.

sedar tidak sedar sesi soal jawab ini memahamkan saya terhadap sesuatu hukum malah menconfirmkan ape yang saya tahu sebelum ini. seperti mana kamu mengajar orang lain sebenarnya kamu lebih faham dan ingat. jadi kenapa mahu sorokannya. semua orang dah tahu kot. dari sekolah rendah cikgu cakap mcm tu. kenapa tak nak dengar?

kadang-kadang bukan muslim je yang bertanyakan soalan pasal agama. non muslim pernah tanya.

"tengok wayang tak boleh kan dalam islam?"

terdiam sekejap saya di situ. memandangkan kawan yang sebelah dah jawab dia pernah pegi tengok wayang.. nak kata tak boleh kawan sebelah dah cakap pernah pegi tengok. nak jelaskan apa yang syeikh qardawi cakap nanti panjang pulak. dia pulak yang pening. saya cakap la 'boleh secara bersyarat.'

jawapan kepada setiap pertanyaan mestilah bergantung kepada penanya. nabi pun dah ajar begitu. sebab itu lah kadang -kadang banyak jawapan nabi  terhadap soalan yang sama. contohnya ada nabi jawab bila di tanya apakah islam? islam adalah selamat. ada juga jawapan islam adalah menyerah diri kepada Allah.

yang paling susah bila di tanya pasal wahabi. susah benar hendak menjawab sambil tidak menyalahkan mana-mana pihak. di tambah saya bukan ahlinya dan mereka melihat video yang dalam kutuk mengutuk antara satu sama lain. haish.. saya lebih terangkan kepada pendamaian.

mengajar itu memang lebih memberi kefahaman kepada kita. seperti yang abang ehsan dari dream team resource bagitahu, ilmu itu ibarat air di dalam gelas. jika air itu penuh pasti air lain tidak dapat masuk. jika kita flowkan air itu pasti air lain akan masuk kedalam gelas.


so, terus flowkan ilmu yang kamu ada. dalam blog, dalam surau, dalam fb malah dalam bicara sehari harian kerana ilmu yang lebih dalam akan kamu dapati. jangan kedekut ilmu. kita di sini bukan hendak bertanding ilmu siapa yang lebih banyak, tapi amal siapa yang lebih banyak.

"sampaikan daripadaku walaupu satu ayat"

p/s: tanya la saya soalan banyak2.
       teringat ucapan saya masa dinner 2nd year berkaitan ilmu itu umpama air jugak.. air2..

5 comments:

zubaidah said...

maaf tny..boleh secara bersyarat tu mksdnye mcm mn ek?

Anonymous said...

ukhti zubaidah,
utk penjelasan..awk bleh lihat link nie.. http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/23/hukum-menonton-wayang/..
insyaAllah menjawab pertanyaan ukhti..
sorry tuan punyer blog.. ana menyebok..^^

Unknown said...

huhuh.. time kasih anonymous..
dh ade semangat menflowkan ilmu di situ..

zubaidah said...

anon: ok,terima kasih byk2 :)

Anonymous said...

alhamdulillah, sesamalah kita cintakan ilmu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...