Saturday, December 25, 2010

tahniah kepada 101 pasangan

percaya atau tidak hari ni lebih dari 101 pasangan yang selamat berkahwin.
barakallahulakum...

100 daripadanya adalah dari kelantan sempena 'Majlis Kahwin Perdana' anjuran kerajaan negeri kelantan. perkahwinan ini melibatkan sesiapa sahaja rakyat kelantan yang hendak berkahwin dan sempat berdaftar dengannya. Kerajaan negeri Kelantan telah memperuntukkan pemberian wang dinar (RM700) dan wang tunai RM500 untuk setiap pasangan.


alhamdulillah. begini lah cara untuk membenteraskan zina, buang anak dan maksiat yang lain. banteraskannya dari akar bukannya dengan menubuhkan sekolah hamil. bukanlah mengatakan sekolah hamil itu tidak elok, tapi tumpuan itu yang salah.


Kata Tuan Guru, "Saya berkahwin pada tahun 1962 dengan maskahwin sebanyak RM100, alhamdulillah kekal hingga ke hari ini. Untuk anak-anak saya, saya letakkan harga maskahwin tidak melebihin RM1000. Pesan saya, janganlah letakkan maskahwin yang tinggi menyebabkan urusan perkahwinan menjadi sukar..."

dengar kata tok guru romantik dalam majlis ni. di memberikan isterinya bunga di depan khalayak ramai. nabi dulu pun romantikkan. pernah dengar cerita baginda bermain kejar-kejaran dengan aisyah? yang tu kita post lain.

syukur padaMU yang Allah, 1 lagi pasangan adalah sahabat saya , ex boss,dan juga senior di sini khabarnya telah selamat akad di terengganu. saya tidak dapat datang tapi insyaAllah disini mesti pegi. barakallah kepada Afiq dan pasangan. moga dengan bercantumnya dua hati ini akan membawa sesuatu yang berharga dalam hidup kamu dan masyarakat umumnya. moga bercinta hingga ke syurga.



gembiranya saya siapa yang tahu. afiq merupakan salah seorang yang berpengaruh dalam hidup saya. banyak juga mengajar dalam menjalani kehidupan. boss yang baik dan prihatin. kalau saya berada di majlis akadnya pasti saya akan peluknya.

tahniah di ucapkan kepada semua. selamat melayari bahtera perkahwinan. kepada lelaki, ingat kamu adalah nakhoda. tujukan bahtera kamu ke arah keredhaan. buat perempuan kamu bukan kelasi, tapi penolong. tolong mana yang patut.

p/s: ramai sudah yang kahwin. anda bila lagi?pernah dengar hadis ni


Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali r.a., “Wahai Ali, jangan dilengahkan tiga perkara! Solat apabila telah sampai waktunya, jenazah apabila hadirnya, wanita bujang apabila telah ditemui pasangannya.”imam tirmizi


3 comments:

Anonymous said...

mije...bile lgi nak kahwin..aku pun tringin nak peluk kau masa kau kahwin nnti...

KashrahMustapa said...

demo bilonyo?ambo duk tgu turn ni:P

Unknown said...

anytime.. tggu kad je lah.. hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...