Wednesday, March 16, 2011

pressure!!!


2-3 hari ni saya hendak siapkan case write up untuk surgery tapi sampai sekarang tak sentuh sentuh lagi. siap boleh tulis blog lagi. apasal nih. jawapan saya satu je pressure. no pressure no gain. huhu. prof norlia supervisor saya tak paksa saya untuk menyiapkannya secepat mungkin. hendak saya menulis tentangnya, seorang yang menarik. katanya hantarlah bila bila siap. maksudnya hari last yang masih ada 2 hari sebelum masuk study week la.

tak tahu lah macam mana nak baiki nih. dari sekolah hingga sekarang perangai tak pernah berubah. kena suruh, ada presure baru jalan.

tekanan satu benda yang baik. saya tak pernah lihat dia sesuatu yang buruk. kalau orang kata suruh baik-baik itu bagus, just partially correct. banyak benda yang lahir dari tekanan. contoh paling nampak adalah kesedaran. daripada tekanan muncul kesedaran ingin berubah. maka lahirlah seorang yang berjaya. daripada individu hinggalah jatuhnya kerajaan sebuah negara. seperti berlaku di timur tengah sekarang. tekanan membuatkan kesedaran untuk membina sesuatu yang baik.

beberapa minggu yang lepas ada perbincangan dalam fb pasal ikhlas. banyak olahan yang di berikan kepada ikhlas. melakukan sesuatu tanpa riak dan takabur. tanpa di paksa. tanpa ada niat di sebaliknya. benar semua itu benar. saya cuma lontarkan bahawa ikhlas itu bukan sesuatu yang lahir spontanious.


ikhlas memerlukan satu proses juga. jika kita hendak ikhlas dalam perjuangan harus selalu berada dalamnya walaupun pada pertama kali adalah terpaksa. dan apabila ikhlas itu sudah hadir di situlah nikmatnya dalam perjuangan. contoh lain yang senang adalah masa kita kecil. abah kita suruh kita sembahyang. sembahyang jugak walaupun malas. masa tu tak pernah ikhlas pun sembahyang. bunyi moto abah balik cepat cepat sembahyang kerana takut kat abah. tak ikhlas kan. dan ia mengambil masa yang lama sampai sekarang kita sembahyang ikhlas kerana Allah bukan abah lagi.

" Orang yang ikhlas itu jangankan untuk mendapatkan pujian, diberikan ucapan terima kasih pun dia sama sekali tidak akan pernah mengharapkannya, kerana setiap kita beramal hakikatnya kita itu sedang berinteraksi dengan Allah, oleh kerananya harapan yang ada akan senantiasa tertuju kepada keredhaan Allah semata." saidina ali
 

Allah juga mengajar manusia dengan tekanan. kalau kita membaca al quran dengan maknanya pasti kita sedar di akhir suruhanNya pasti ada warning. yang paling nyata adalah azab neraka yang pedih. itu kalau kita terasa. masalah manusia tidak MERASA. seperti hidup ini untuk selama-lamanya. menjadikan setiap suruhan adalah main-main. melenting bila judi di haramkan. melenting bila hudud hendak di jalankan.

itulah yang saya ingat semenjak belajar dalam kuliah ust zamihan di masjid ketereh semenjak 6-7 tahun lalu saya ingat sampai sekarang. itulah yang imam al ghazali tunjukkan. mengenai lintasan hati dalam tasawuff. andai kita rasa bangga sembahyang sunat depan ramai pun teruskan melakukannya sehingga perasaan itu hilang. jangan jadikan tidak ikhlas itu penghalang kepada kebaikan yang kita hendak lakukan.

ikhlas itu perlukan mujahadah, mujahadah perlukan  pressure..

selamat beramal...
Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku(Allah). Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” (Riwayat Abu Hasan Al Basri)

           tepi baju putih tu kawan saya fizu.. hehe
wallahua'lam

7 comments:

Anonymous said...

nak kenal dgn pizu boleh?

Unknown said...

hoho.. anon, x baik menyamar2 nih.. boleh2.. baik orgnye tp dh bpunye. hehe

ibnu azman said...

jem mije...mu tulis mende ni??haha..
anon ni mcm g10 gak je..wancah ke?kahkahkah

Unknown said...

bukan ko nk gambar ko dlm blog aku ke? haha

Anonymous said...

sme la kite..sy pny thesis pon tak gerak2 dr bab 3..g jmp responden pon blm lg..klu sv x bg due date nk tgk thesis,mmg x bersentuh la pon thesis tu..seb baik due date akhir bln 4..hehe

Anonymous said...

jom berucehe tuk menjadi. Ya Latif Ya Allah :)

Unknown said...

pai pun nk jd anon jugak?
anon yg sebenar:manusia memang begitu.. x boleh salahkan sape2 kot

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...