Sunday, May 1, 2011

Chip & Sue

alhamdulillah...

kedua sahabat saya ni telah selamat di ijab qabulkan semalam di Jengka 23 Pahang.
2 buah bas dan beberapa kereta mengiringi mereka berdua. semuanya gembira. akhirnya ada juga perkahwinan pertama antara kami.
chip dan suhana dah lama saya kenal. sejak tahun satu. berada dalam satu keluarga bermula di UKM KL dan seterusnya HUKM. sama sama di lahirkan di sini. tarikh juga sama.  sering berada dalam legal dan illegal program/event bersama. meeting juga selalu ada. memang seperti keluarga.

Chip atau nama sebenarnya redhuan. dari awal perjumpaan masa 1st year di suruh memanggilnya chip. katanya dah lama orang memanggilnya begitu. dia pun buat la cerita dia ni macam 'chief' dalam cerita Ali Baba dan 40 orang penyamun . kan ada seorang chief yang pendek tu. dari situ la nama dia. tapi saya masih tak percaya. hahaha.


kenal dengan rapat biler sama sama program kt ulu yam. program kelahiran. satu memori yang indah. setiap kali ada program begitu pasti sama sama bercerita kembali mengenainya. chip ni walaupun pemikiranya matang tapi perangainya macam budak. masa program tu saya anggap dia macam adik. mungkin sebab badan dia lemah sikit.

berlalu masa lepas tu tak saya ingat bagaimana dapat begitu rapat denganya. tapi medium saya dengan dia adalah ilmu. kerana ilmu agama saya rapat denganya. kalau tak silap bila saya terlihat video ust zamihan kat bilik dia. terus tahu yang kami satu kepala. pengejar ilmu. sejak dari itu terus bersama dia ke majlis ilmu yang ada sekitar kuala lumpur dan selangor. banyak berterima kasih dengannya. pada waktu itu saya sudah lama tak tempat demikian kerana kuala lumpur adalah satu tempat yang baru.

dengan dialah saya kenal dan memahami banyak benda. bermula dari ulama ulama yang berada di malaysia dan luar negara. konvensyen ulama dari luar negara pun saya pergi walaupun kadang kadang tak ada orang yang menterjemah. amik berkat katanya. dari seminar seminar tahulah mengenai ahli sunnah wal jamaah, wahabi , khawarij dan syiah. kenal juga habaib keturunan rasulullah melalui majlis maulid.

sepanjang menuntut ilmu agama saya mengenali Chip...

tidak malu kalau katakan sampai ketika ini saya sayang chip.( jangan jeles sue) sayang kerana Allah. terima kasih kerana mengurniakan sahabat ini.

gembiranya saya kamu berdua berkahwin tak dapat di ucap...

Sue ataupun Susan ataupun Suhana. juga salah seorang keluarga kami. antara perempuan yang paling saya kenal dalam dunia perubatan ini. mana tidaknya dah berapa kali taaruf. hahaha.. tidak lah banyak sangat pun sebab tidak serapat dengan chip.  yang saya tahu dia seorang yang solehah, sangat rajin orangnya. lemah lembut, dan yang paling penting dia sayang kat chip. itu yang pentingkan. tak perlu untuk saya mengenal dia mendalam seperti chip.

buat sue,

Rasulullah bersabda :
Apabila wanita melaksanakan sholat 5 waktu,
Berpuasa di bulan Ramadhan,
Menjaga (kehormatannya) & mentaati suaminya,
maka (di akhirat nanti) dikatakan padanya

"Masuklah ke dalam surga
...melalui PINTU MANAPUN yang diinginkan"

(HR.Ibnu Hibban)

buat chip, 
eeermmmm..
jaga sue elok elok. kalau tak....

buat yang belum kahwin..

Tahukah engkau saudaraku ?

Kenapa Allah menciptakan kita dengan
SEPASANG mata,
SEPASANG telinga,
SEPASANG tangan,
SEPASANG kaki,
namun
hanya dengan SATU keping HATI ?

INSYA ALLAH karena SATU keping HATI ini
akan dipertemukan dengan satu keping hati yang LAIN
yang akan meLENGKAPI dan BAHAGIA

...BERSAMAnya...



Keep The Spirit
...NEVER GIVE UP !
 
Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Karenanya, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaq)
 p/s: warna ungu sebagai tema kawen kali ni.
subhan dan deba juga kawen pada hari yang sama.
barakallahulakum...

6 comments:

Anonymous said...

lpas ni mizan plak ea...smga brtemu zaujah solehah

Unknown said...

insyaAllah.
doakan. amin..

incik said...

sue yg mane ye?kurang ingat..tapi rasa macam kenal..

Unknown said...

cik incik ni blajar ukm ke?
nama penuhnya nor suhana bt hasan, tggl kat jengka 23 pahang. final year medic di hukm..

azadi memang begini said...

Assalamualaikum..

"mungkin sebab badan dia lemah sikit"..ayat ni tak boleh blah..haha.tp die kuat makan..

baca post ni rasa sedih plk,mcm hilang sahabat pergi ceramah/kuliah ilmu sm2..

incik said...

oooh...aah..ukm jugak..dah igt dah sape su ni..pnh jumpe.thnx bgtau.=).smoge perkahwinannya kekal hingga ke syurga.amiin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...