Wednesday, May 11, 2011

revise..

assalamualaikum..
lama dah rasa tak menulis walaupun hanya seminggu sebenarnya. bila duk kat rumah perjalanan masa tu agak lambat. kalaulah study kat rumah mesti dapat belajar lebih banyak. huhu.. selain tu yang bestnya mestilah dapat makan secukupnya dan jugak sedap. plus jimat duit.

dah seminggu duk rumah alhamdulillah, ada jugak pengisian. wlaupun pada mulanya rutin tido 12 jam itu ada. biasalah otak saya kalau tak bekerja mesti nak tido. itu hak dia kan. haha.

hari ni agak pening bila terpaksa revise balik apa dah blajar masa sekolah menengah. bukan terpaksa pun suka hati. revise nahu masa belajar kitab tafsir jalalain. huh, memang tak berapa ingat. al maklumlah belajar dahulu pun di paksa paksa.

terasa rugi bila saya habiskan 6 tahun di sekolah arab tanpa menuntut ilmu dengan sebenar benarnya. masa sekolah dulu memang saya agak lemah bahasa arab. tak tahu nak kata ustaz ajar tak kena angin atau saya yang masuk sekolah arab secara paksaan. masa PMR saya dapat 8A 1C. C itu adalah bahasa arab. masuk maahad muahammadi kira ok la sikit. walaupun tak minat tapi oleh menarik minat. ustaz kat situ memang mantap kalau kita betul betul nak belajar. akhirnya dapatlah nahu wa saraf 1=A1 masa SMU. masa tu memang belajar betul betul dengan suasana pelajar yang hebat hebat. saya belajar bahasa arab masa start tingkatan 1. kesian sahabat saya terpaksa melayan saya yang tak tahu lansung nih.

bila di lihat balik, amat berterima kasih dengan abah sebab hantar saya ke sana. walaupun hati meronta ronta nak ke SBP atau MARA dia tetap berkeras. walaupun makanan asrama ibarat kayu, walaupun yuran asrama mahal menyebabkan saya naik bas selama 1 jam untuk sampai, walaupun saya terpaksa belajar sendiri subjek subjek akademik, terpaksa masuk tuisyen luar pula.. tapi sekarang lansung rasa tak rugi, yang rugi bila saya gagal mengambil mutiara ilmu sebanyak mungkin di sana.

semua ini sebab abah dah rasa kerugian dia tidak bersekolah agama. dia tak mahu anak anaknya begitu. malah mahukan menantu dari sekolah agama. asasnya ada di situ.  sebab itu semua adik beradik saya melalui jalan yang sama walaupun dengan sikap yang sama macam saya. moga ini menjadi asbab mendapat rahmat Allah diakhirat kelak. dan saya mahu ikut jejak langkahnya.

cuti ni saya ada jadual sendiri. hajat di hati ingin memasuki pondok pasir tumbuh tapi takut masa tak flexible, so, saya masuk pengajian yang lain.

                          pagi                                  malam
ahad             ihya ulumuddin                munyatul musolli
isnin              fathul bari                        sohih bukhori
selasa           sohih muslim                  sairus salikin
rabu              tafsir jalalain                    tafsir ibnu kathir
khamis         tafsir ibnu kathir              malam jumaat
jumaat          kuliah dhuha tok guru     kitab tauhid
sabtu                                   bebas(hehe)

semoga dapat menampung sepanjang pengajian perubatan saya dan juga buat masa depan saya. cuti kali ni saja boleh buat camni sebab masa panjang (walaupun tak beberapa panjang) sebulan. selalunya hanya 1 minggu saja...

misi mengejar ilmu..
membangun bersama islam

p/s: pengajian pagi esok tafsir ibnu kathir bersama tim mufti kelantan.. modahan ada keberkatan walaupun hanya kurang sebulan..
pc kat umah tersangat lah slow. 124 RAM. adoyai ssh nak buat kerja

2 comments:

Anonymous said...

bleh bgtau x apakah sebenarnye tajuk2 yang sedara revise tu?..pada saya yg takde asas nie they are like bombastic word ataupun bahasa purba...mana tau bleh gak cadangkan buku2 yg asas...syukran

Unknown said...

oh, saya dh letak kat ats tu. saya revise bahsa arab. terutamanya nahu. nahu ni macm grammar dlm bahasa arab. grammar dia x mcm bahasa inggris sbb sgt la byk nk kena tahu. dengan nahu ni kita boleh baca bahsa arab tanpa baris.

saya rivise ni sbb semua kitab pada waktu pg adalah kitab arab. ilmunya adalah ilmu baru saya dapat. teruatam kitab tafsir jalalain. kita ni mentafsirkan al quran di sudut bahasa.

saraf tu adalah mata pelajaran syair bahsa arab. dulu kami kena hafalnya, mcm hafal al quran jugak.

buku asas ek.. emm saya x sure la sbb dulu kt sekolah silibusnya dari al azhar. kami belajar dengan membiasakan diri degan tulisan tulisan arab.. sori.

tp kalu nk blajar kt ikim ade. ustazah tu mengajar dengan bagus sekali. lepas isya kalau tak silap. selamat belajar...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...