Tuesday, January 25, 2011

ramainya nak jadi solehah..

kat blog ni ade stat, selalu jugak la tengok nak tengok respon pembaca. dah beberapa bulan saya perhati yang paling tinggi dan still maintain sambutannya adalah post' ciri ciri wanita solehah idaman lelaki soleh' ramai yang datang by search google. biasa perkataan yang di search adalah' wanita solehah' 'wanita idaman lelaki soleh' dan seumpama dengannya.

alhamdulillah ramai benar yang mahu menjadi solehah..

susah ke nak jadi solehah? kena cari dalam internet ke?

perlu di ketahui solehah adalah akhlak seseorang. akhlak bukanlah sesuatu yang sementara atau palsu. jika dia hanya baik pada suatu ketika bukan di panggil solehah lagi. akhlak adalah sesuatu yang lahir dari proses yang panjang.

untuk menerangkan perkara ini, suka saya mengambil apa yang ust hasrizal terangkan. mungkin lebih senang untuk di fahami. pernah dengar hadis jibrilkan. hadis yang bila mana jibril menyerupai manusia dan duduk di depan nabi sambil di perhatikan oleh sahabat bertanyakan apa itu iman ,islam dan ehsan. inilah asas kita dalam beragama.

kalau kita biasa dengar dengan perumpamaan sebuah pokok di gambarkan kepada iman, islam dan ehsan. ust hasrizal mengumpamakan ia dengan input -proses- output. input adalah akidah kita, proses adalah islam atau ibadat yang kita lakukan dan output adalah ehsan ataupun akhlak kita. ia harus mengikut flow ini. tanpa akidah, ibadat kita ibarat ritual, tanpa ibadat tidak adalah solehahnya.

abe sob pernah komen dalam blog ini' ana harap anta dapat isteri yang solehah bukan hanya pakai tudung jenama solehah'

tepat sekali komennya. memakai tudung bukanlah bererti dia seorang yang solehah. kerana memakai tudung itu adalah ibadat atau proses. tapi yang solehah itu pasti akan memakai tudung.  kerana output kepada memakai tudung itu adalah akhlak yang mulia.

sudah faham atau pening?

kesimpulannya mahu menjadi solehah/soleh perlu ada akidah yang mantap, ibadat yang tetap..

wallahua'lam

p/s: risau pulak bila tulis benda ni... kemungkinan besar akan didelete..
doakan ana dpt isteri yng solehah seperti yg dilakukan oleh pai...

6 comments:

zubaidah said...

knp plk risau tulis psl ni? ini input yg berguna,jgn didelete..

fa-in said...

inshaAllah.
knp pulak nak risau.
penulisan salah 1 cra berpesan2.

Al-Mizan said...

risau takut ade yg tersalah.. perkara agamakan. kefahaman kita x semestinya betul.. yg salah mtk diperbetulkan..

ni'am said...

InsyaAllah...ak yakin hg dapat isteri solehah punya...

Anonymous said...

terkesan dengan ayat tudung tu..semoga saudara memperoleh isteri yang soleh,yang memahami n melengkapi.amin

Al-Mizan said...

ni'am: dah lama x dgr khabar berita melalui blog..
anon: amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...