Friday, June 25, 2010

alasan..

malam tadi saya terpaksa mengetuai usrah muslimin bersama rakan. saya membincangkan mengenai jihad melalui sebuah buku karangan dr fathi yakan. seronoknya usrah ni sebab kami semua sama levelnya. masing-masing memberi pendapat tanpa segan. membuatkan saya seronok joinnya. barulah rasa nikmat dalam memberi. kalau dahulu, bila di tanya kenapa perlu berusrah saya jawab kerana sunnah. sebab kalau nak belajar ilmu lebih baik pergi ke pengajian. jika mahu berukhwah, lebih effective kat padang. jika mahu wujudkan perbincangan kenapa perlu ramai yang kebanyakannya tidak ambil bahagian pun. tapi sekarang bila di tanya kenapa perlu berusrah, saya dah tak de jawapan yang boleh di terangkan. kemanisan berusrah hadir bila kita sama-sama memberi dan menerima.

respon salah seorang sahabat bahawa kita ni dalam berjihad kadang-kadang banyak memberi alasan. kita banyak menciptanya dari tercipta. pelbagai alasan di berikan untuk mengelaknya. benarkan. teringat saya kepada kuliah subuh di kuis pada minggu lepas yang menafsirkan ayat dari surah al baqarah.

kebanyakan dalam surah al baqarah ini membicarakan mengenai perihal tentang bani israel.ustaz itu memberitahu tentang asal usul israel itu. israel adalah nama lain kepada nabi Allah yaakob. yang bermaksud abdullah. hamba Allah. nabi Allah yaakob ini melahirkan 12 anak dan salah seorangnya adalah nabi yusuf.seterusnya menceritakan tentang cerita nabi yusuf yang kita semua tahu.merekalah di namakan bani israel.

di pendekkan cerita pada zaman nabi musa, bani israel ini di tindas oleh firaun. bagaimana nabi Allah musa membelah laut kepada 12 lorong setiap satunya di lalui oleh 12 kabilah masing-masing.
bagaimana sepanjang perjalanan dengan nabi musa dan nabi harun, mereka bani israel di tunjukkan Allah dengan pelbagai keajaiban. pelbagai kekuasaan Allah. tetapi mereka tetap tidak beriman. mereka ingin lebih dari itu. di berikan penyakit, mereka beriman sebentar. di datangkan katak-katak, mereka beriman pula sebantar. di berikan makanan yang jatuh dari langit, mereka tetap tidak yakin. pelbagai alasan di berikan.sehinggakan mereka ini 70 orang di berikan kelebihan untuk mendengar suara Allah, tetap mereka tidak yakin. mereka memberi alasan mahu melihat Allah sendiri. Allah...

begitu sekali bani israel ini di ceritakan dalam al quran. mereka hidup penuh dengan alasan untuk tidak beriman. berimannya mereka memerlukan sesuatu balasan material.

teringat saya bila mendengar yb khalid samad berkata dalam forum palestine, malaysian are with u. memberitahu ada 2 sebab kenapa israel di ceritakan dalam al quran , supaya kita kenal mereka dan supaya kita tidak mengikut mereka.

dalam kita melaungkan membenci israel kadang-kadang kita tidak sedar kita seperti mereka? beralasan....

wallahu'alam

4 comments:

Anonymous said...

salam. boleh tak cerita lebih lanjut yg 40 org bani israel diberi kelebihan mendengar suara Allah? saya tak pernah dgr cerita yg ni.

Unknown said...

sape anon ni ek? saya tersilap tulis. 70 orang sebenarnya.. mereka ini mendengar suara Allah melalui percakapan nabi musa dan Allah. seperti mana yang kita tahu bahawa kelebihan nabi musa ini adalah dapat berbicara terus dengan Allah. mereka ini di bawa ke bukit tursina untuk bertaubat selepas kufur dengan hasutan musa samiri( panjg plak cite psal nih) sepanjang munajatnya nabi musa sebelum ini. selepas itu keinginan mereka timbul untuk melihat Allah, malah tidak akan beriman jika tidak di beri lihat. Allah terus mencabut nyawa mereka tetapi di hidupkan kembali selepas itu. ini lah yg di tafsirkan oleh ust tu dalam surah al baqarah ayat 75 mengenai perkataan 'mendengar' . wallahu'alam

adik solehah said...

salam
seronoknye dgr tentang sirah nabi..
nnt postkan lg pasal sirah..(~~)
hanya Allah yang membalas dengan ganjaran pahala atau yang setimpal..aminnn

-adik solehah-

Unknown said...

insyaAllah wahai adikku yg solehah. sama2 blajar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...