Friday, March 9, 2012

tidur yang bersih

dalam psychiatric soalan yang paling biasa di tanya adalah ' tidur macam mana?'

hampir setiap patient yang datang ke klinik akan di tanya. ia adalah screening bagaimana mood seseorang.ada jugak chapter pasal sleep disorder.

saja nak post kan benda ni sebab saya kekadang pun ada masalah tidur. sebab tulah wujudnya blog ini. kenapa yang kena tidur. mestilah sebab dia baik untuk jantung anda. kalu tidur lambat kemungkinan akan dapat hypertension. kalau yang dah ada hypertension sila sila lah tidur awal. baru control sikit. ( ayat medical kaunselling)

ok. macam mana nak tidur. ada teknik kalau susah nak tidur. namanya tidur yang bersih. atau sleep hygiene. lebih kurang macam ni la.

1. kita mula dengan waktu siang. kalau ada masalah tidur elakkan tidur pada waktu siang. walau macam mana mengantuk pun jangan tidur jugak. kalau rasa nak tidur pegi la jalan jalan ketuk kepala ke apa.  mesti ada orang kata nak tidur qailullah kan. menurut ulamak melalui ustaz yang ajar saya dalam hadis menyebut tidur qailullah itu hanya apply pada mereka yang bangun qiam pada malamnya. qailullah tu adalah rehat bagi mereka . korang yang tidur 8 jam ni tidak di kira.

2. petangnya boleh la lakukan aktiviti seperti bersukan. sekadar berpeluh sahaja. jangan terlalu lama sampai ke malam. sebab lepas bersukan ni darah tengah lancar ke otak . susah nak tidur lepas bersukan.

3. jangan minum kopi, teh, nescafe, coca cola, pepsi dan sewaktu denganya selepas pukul 6. semua ni ada cafiene yang buat kita terjaga

4. paling bagus mulakan tidur awal. pukul 10 pun dah ok. kata nak ikut sunnah kan. nabi lepas solat isya' terus masuk tidur jika tiada urusan. dengan kepenatan pada siang hari pasti senang tidur.

5. sebelum tidur pastikan tenangkan fikiran. banyak cara boleh guna. tengok citer kelakar ke. prof saya advise untuk baca buku. pre bed reading.  bagus betul idea ni. buku kena biasa biasa jangan yang berat berat. novel cinta tu tak payah la. ambil buku pelajaran atau agama insyaAllah senang nak tidur. baca surah al mulk lagi bagus dapat pahala dan tidur sekali.

6. tutup la lampu. jangan bagi ada tv dalam bilik. laptop tutup. hanset letak jauh jauh sikit. sume ni boleh jadi distraction

7. mestilah kena tutup mata. fikirkan sesuatu yang neutral. jangan fikir korang gaduh gaduh ke. jangan fikir keje tak siap. fikir pasal kehebatan Allah. berzikir pun sangat bagus. sunnah nabi bacalah 'tiga qul'. dan jangan lupa baca doa.

8. kalau tak dapat tidur jugak, jangan fikir ' kenapa aku tak dapat tidur' pasti memang tak tidur sampai pagi esok. tenangkan diri. tukar posisi ,zikir banyak banyak..

9. selamat tidurkan diri...

terima kasih malaysia sebab bagi voucher buku. boleh jadi pre bed reading saya. sebenarnya tak perlu nak kecoh pun. sebab dah nama kerajaan. macam ayah kita la. dah jadi tanggungjawab untuk lakukan sume ni. orang lain jadi kerajaan pun mungkin boleh bagi lagi baik dari pada ni. yang kena kecoh bila tak jalankan tanggungjawab. ye ke dok?

pre bed reading ni memang satu idea yang bagus. boleh la saya habis buku buku yang bertimbun menunggu giliran tu. thanks prof.

ada 2 hari saya tak boleh tidur dalam study week sebab nescafe. kuat sangat effect dia plus stress..

beli 1 je buku medik sebab mahal sangat. 2 buku je dah abis RM 200. haish...

p/s: teknik di atas banyak lagi dan di ubah mengikut cita rasa.
       exam osce last pada isnin. walimah sepupu hari sabtu dekat johor.. dilema nak pegi ke x..
       rasa nak tutup je blog ni...

12 comments:

wardah said...

Syukran atas pengisian.

Just nak kongsi sikit, mse sekolah dulu ustazah ajar. Hidup kita ni dinilai dengan amalan terakhir kita ketika di dunia, maka tidur juga adalah salah satu proses 'kematian' yang sebentar.

Sebelum tidur boleh juga selawat atau berzikir. InsyaAllah akan tertidur tanpa sedar.
Maka sepanjang kita tertidur itu pahala berzikirlah buat kita.

Wallahualam.

madziani said...

Tulisan baik-baik camni kena diteruskan walau update hanya sekali setahun.

Tak perlu tutup.

my 2 cents.

Al-Mizan said...

beruntunglah bagi mereka bila mana mengingati Allah hatinya akan menjadi tenang.. :)

saya lebih kepada saintifik study..

Al-Mizan said...

ani: tq

ImimaysroN said...

comment pertama saya utk blog ni..
saya 100% setuju dengan madziani..
semoga sentiasa diberikan yg terbaik.. (memang sentiasa pun, kan?)
:)

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum


tips yang baik.terima kasih krn brkongsi.

~kalau xboleh tido jgn fikir xblh tido..(ini yg selalu dibuat,kalau xboleh tido memikirkn knp xblh tido)

tenangkn diri dan berzikir.

siti umairah hamid said...

assalam..nak tanya buku fiqh perubatan tu mizan beli kat mane ea? lama cari x jumpa2. kena tempah dulu ke?

Al-Mizan said...

sume buku tu sekali harung kt wisma yakin. dekat dgn masjid india kecuali emergency medicine...insyaAllah ada.
mmg susah jugak nak cr.. harga rm22

siti umairah hamid said...

oo..wisma yakin dekat jalan masjid india ke? macam pnah dgr nama kdai tu..iA nnt cuba carik kat sane..thnks!

suhaila othman said...

jgnla ttup blog ni..=)

...better to be unknown... said...

Perkongsian yg santai tp byk info. Tp nak tahu org dewasa sepatutnya tidur brp jam?
Dan hrp jgn la tutup blog ni.. Suka pula baca blog ringkas dan santai.

Anonymous said...

Esk nk exam tp xleh tdo,,thank 4 the info,,^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...