"keadaan orang mukmin itu sgt menakjubkan kerana segala urusan yang menimpa di anggap baik.iaitu apabila mendapat kesenangan,dia bersyukur kerana itu lebih baik. dan apabila dilanda kesusahan maka bersabar itu lebih baik untuknya"-sabda rasulullah saw
Sunday, August 8, 2010
ramadan kareem
seperti mana pusat-pusat membeli belah melakukan sale pada hari-hari tertentu, Allah juga membuat megasale kepada hambanya untuk membeli syurga Allah. seperti mana mereka yang bodoh tidak mahu mengambil peluang pada sale tersebut, bodoh juga lah mereka yang tidak mahu merebut ganjaran-ganjaran pada bulan ramadan ini.
ramadan kali ini saya berpeluang untuk puasa bersama keluarga pada awalnya dan juga berada di kelantan. sejak 2 tahun tak pernah saya puasa dengan lama di kelantan. rancangan saya sudah lama untuk sembahyang terawih bersama imam import di qaryah ramadan pada tahun ini insyaAllah tercapai.
sepanjang bulan ramadan juga saya berpuasa di tanjung karang. tidak dapat di ketahui best ke tak. ada yang kata best. sebab makanan banyak. ada yang kata best sebab ust zamri penah mengimamkan di masjid sana. tu saya tak pasti. yang pasti saya dah tak dapat menghayati bacaan imam di masjid wilayah. aduh rindu betul. bukan imam mekah je yang sedap imam dari malaysia kat situ pun macam arab. teringat saya pada hari akhir dia memjadi imam tahun lepas. menangis di buatnya bila di bacakan surah ar rahman. mungkinkah saya berpeluang lagi untuk menangis? Allahuakbar....
tanggungjawab juga kurang pada tahun ini. haruslah saya tumpukan pada tanggungjawab sebagai hamba Allah yang sebenarnya. tahun-tahun sebelum ni mungkin saya lebih sibuk untuk mengingat hafalan dengan tanggungjawab sebagai imam. tahun ini lebih tenang. semoga ketenangan itu senantiasa ke akhir ramadan.
semoga kita semua dapat melalui ramadan kali ini dengan baik. bahkan ramadan terbaik yang penah kita lalui. sentiasalah solat malam bermula dari awal supaya kita tidak kekok di malam akhirnya. janganlah puasa kita hanya dapat lapar dan dahaga sahaja tapi ganjaran yang besar disisi Allah.
selamat menyambut bulan ramadan...
mudah mudahan kita menjadi orang yang bertakwa...
ramadan tiba- opick
Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka
Andaikan saja Ramadhan semua
Bulan yang tiba bulan yang ada
Karena besarnya setiap pahala
yang di janjikan kepada kita
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Dalam bersahur ada pahala
Dalam berbuka alangkah indah
Menahan diri menahan lidah
Menjaga hati menjaga mata
Banyakkan amal hari-harinya pahala
Datang berlipat ganda
Berlomba-lomba untuk ibadah
Dunia bahagia surga nanti gantinya
Ramadhan tiba 3X
Ramadhan tiba 3X
Dan semoga setiap jiwa
Diberikan ampunan-Nya
Dan semoga hapus semua
Kesalahan setiap jiwa
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
wallahua'lam
kategori
kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Ukhwah..Marhaban Ya Ramadhan..
Ana pulak rindu kat Pak Arab Imam Masjid Jamek Kg.Baru..Bunyi bacaan dia pun hampir2x macam ente lah..he he..Ana tak kenal pun siapa dia tu sbnrnya..
Apa2x pun..Ana doakan diri ana, ente & sahabat2x menjadi insan bertaqwa di sisi Allah SWT..
Ya Allah..Jadikanlah Ramadhan ini Ramadhan yang paling bermakna buat kami..Aamin..
aduh.. tinggi sgt pujian tu sob..
amiinn...
Post a Comment