Saturday, August 14, 2010

qaryah ramadan

asslamua'ailaikum, salam ramadan penuh barokah..

di sebab kebanyakan sahabat-sahabat di sini bukanlah orang kelantan. yang duk kelantan pun belum tentu datang rasanya. nk cerita sket pasal qaryah ramadan yang di adakan di kelantan yang sempat saya pergi pada 2 ramadan setelah 3 tahun di jalankan saya tidak punya kesempatan. qaryah itu bermaksud perkampungan. ramadan bermaksud panas terik. qaryah ramadan adalah bermaksud perkampungan ramadan. hehe

maka bertolaklah saya menaiki kereta ke kota bharu berseorangan sebab masih belum kahwin dan tak de sahabat yang cuti dekat-dekat dengan rumah pada pukul 8 malam kerana tempat itu dari umah saya ada la dalam 23 km. di buat di stadium sultan mohammad. alhamdulillah sampai tepat pada masanya sebelum isya. pukul 8.30. excited. ramai orang yang datang. penuh khemah yang di sediakan.











imam yang bertangungjawab di situ adalah dari mesir. sheikh rajab(baju putih) dan sheikh ahmad ramadan (baju hitam) sebagai imam kedua. sembahyang belakang mereka amat menyegarkan. dengan suara yang lantang dan kuat lagi jelas bacaan dia buat saya khusyuk mendengar. walaupun satu rakaat di baca dalam 2 muka surat tapi tidak penat.

di pertengahan terawikh itu diadakan tazkirah. pada hari itu di sampaikan oleh ustaz dari KIAS. beliau menafsirkan ayat yang di baca oleh imam sebentar tadi.


sembahyang terawikh di sambung sehingga habis 8 rakaat. lapan rakaat sahaja selesai pada pukul 10.30 mlm. witirnya di lakukan masa qiamulail. teringin saya hendak pergi juga tapi memandangkan mak dah masak special untuk sahur, dan sahur yang terakhir sebelum balik KL, so saya tangguhkan dulu niatnya. qiamulail start pukul 3.30 pg.










seusai solat terawikh sheikh ramadan memperdengarkan bacaan untuk menyelesaikan juzu' 2.

walaupun jauh perjalanan saya ke tempat itu tapi rasa sangat2 berbaloi. jika anda hendak pergi kelantan masa ramadan ni. jangan lupa singgah. banyak juga program dekat situ seperti forum dan sebagainya.semoga saya masih sempat ke sana lagi.
        setelah habis solat. tengah mendengar bacaan Al quran

jika orang kata kelantan perlu berubah dan membangun, saya kata ia patut di kekalkan.
                saya dalam perjalanan balik

wallahu'alam

p/s: malam ni kena ganti tantawi semyang terawikh. insyaAllah ada tazkirah..

9 comments:

assobry said...

Salam..Best nye cerita ente..Ana tak pernah tahu pun sebelum ni wujudnya qaryah Ramadhan tuu..Mudah-mudahan ana pun diberi kesempatan merasai kenikmatan berqaryah tuu..Insya-Allah..

sHaziaN said...

salam..qaryah ramadhan?knp cma xpernah dgr je wlwpn duk klate.cam bez je. betul tu klate xperlu mbangun. sudah cukup mbangun sebenarnya.sume da lengkap seadanya. MEMBANGUN BERSAMA ISLAM!

Al-Mizan said...

x penah dengar? klate duk kt ne?

sHaziaN said...

yup..jelawat. ni patutnya kena buat iklan 1 klate.bru xmuat stadium tu

Al-Mizan said...

ooo..ptt la. mase 1st time buat dia publish byk. yg skng xd la sgt sbb org dh tahu..

Anonymous said...

Seronoknya duduk kat kelantan.. Subhanallah Allahu Akbar..
kalaulah kat tempat ana pun ad camni..
nih yg nak pindah duk kelantan nih..

Al-Mizan said...

mai2.. sume pg kelantan, xpun suh TGNA jd PM. kompem sume negeri ade nt.

ibnuzulkeflei said...

Al-Mizan ana teringin gak nak gi Qaryah Ramadhan. Mg ada kesempatan itu utk merasai bi'ah kat sana.
Indahnya hidup bersama Islam.

Al-Mizan said...

insyaAllah. datng la. bila dtg bleh tido umah ana..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...