Wednesday, October 13, 2010

sepanjang syawal

alhamdulillah, selamat kembali ke kolej dengan segala kenikmatan yang ada. internet, kafe, kenderaan, surau, bola tampar dan atm. susah benar hidup bergantung dengan manusia. macam -macam perlu konsider. bergantung dengan Allah tanpa syarat tapi tak semua yang nak.

dah lama benar, 3 minggu tanpa update kt blog. lebih kurang sepanjang syawal saya tak update. sebab kebuntuan internet. maaf jika ada yang membuang masa dan MB internet masuk ke page ni tapi tak de update( mcm la ade). so, post kali ni cume nak bercerita aktiviti bulan syawal ari tu. untuk yang masih x puasa 6, rugi lah kamu. bulan sywal dah habis. puasa la sepanjang tahun kalau xnak rugi.

di mulai dengan yang paling gembira. dapat sorang anak sedara baru. adik kepada hilyatul jannah. namanya masih tidak di beritahu. baby girl.. fuh, productive betul.semoga menjadi mujahidah yang tegas dalam pendirian dan lembut dalam pergerakan. di bawah bimbingan payung baitul dakwah. semoga terus bahagia.. ust ziad dan kakti.

bulan syawal ni apalagi aktiviti seterusnya. beraya lah. walaupun duk kat tg karang hampir 20 rumah saya pergi beraya dalam satu hari. tak caya? betul . satu hari tu pergi survey 2 buah kampung. setiap kali masuk rumah di kira berya la. ada jugak pergi rumah kawan, ada rumah yang tak dapat pergi dengan kawan. emmm... beraya sakan.

lepas tu program biasa masa posting jkm nih. bbq, sukan dan lain-lain. berseronok la lebih kurang. berseronok pula.

 banyak pulak gambar berseronok ni...

lepas tu program intervention. tahun ni buat 2 intervention. satu sabak bernam dan satu lagi kuala selangor. 2 hari berturut-turut. penat tapi best. dalam bersama orang kampung.




last sekali saya masuk sukem dalam acara silat olahraga tapi kalah peringkat awal. sebabnya? lawan saya tu wakil ukm. tapi lawan tetap lawan...


bersama jaksa sukan (owen), naim dari KTSN dan pemenang emas KTDI
gambar saya tengah lawan tak de orang amik.. aduh, kenangan di hati sudah lah

sedih jugak bile di khabarkan berita kematian nenek saudara, mok teh. teringat pulak masa dulu-dulu. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

tamat sudah cerita sepanjang syawal. kembali ke ktdi meneruskan kerja biasa. lama sangat bercuti di tg karang. nantikan post yang lebih manfaat dalam masa terdekat. insyaAllah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...