Sunday, September 12, 2010

suatu syawal

sedih lagi..
setiap masa sedih, apa la..
ramadan pergi pun sedih..
syawal datang pun sedih. biler nk suka?

saya pun tak tahu. saya tengah torture diri ke sekarang ni. hurmmm..
tahun ni dapat beraya dua sahaja di rumah. paling sikit kot dalam sejarah perayaan saya. sangat banyak hal-hal yang terlepas.

bermula dengan hari ini. saya terlepas pergi ijtima' aidilfitri MSK dekat balai islam lundang. banyak yang terlepas di sini. paling sayang sekali mendengar amanat tok guru. setiap bait kata-katanya adalah inspirasi dan motivasi pada kebanyakan rakyat kelantan( bukan semua). selain tu tak dapat berjumpa kawan sekolah lama. pada masa ni selalu kami berkumpul bertanya khabar. walaupun dah pergi majlis berbuka puasa AMAL tapi tak ramai yang hadir. lepas tu terlepas nak pergi ziarah rumah abang zaidi. ingatkan nk pergi lepas ijtima' ini. hari ni juga ada reunion sekolah azhariah. lagi la lama tak jumpa diorang-diorang. tu untuk hari ini sahaja.

besok pulak ada hari terbuka AMAL di sekolah lama.MML.. jugak terlepas. mana tahu dapat jumpa cikgu kat situ. dah la berapa tahun tak pegi jumpa. esok juga open house kt rumah sendiri. rumah sendiri pun tak dapat pergi. melepas la peluang untuk beraya dengan saudara dan jiran-jiran. paling penting tak dapat beraya dengan abang sulong yng balik pada hari ini. selain tu hari ni jugak tak dapat pegi walimah abang syed. lagi la sedih. dah lama tak jumpa. kahwin pun tak dapat pegi. adoyai.. apa nak jadi dengan hidup... lain kali lah.

hari keesokan lagi pulak, tak kesampaian untuk menghantar sahabat baik ke airport. kat pengkalan chepa tak dapat kat KLIA pun tak dapat. hahaha... sahabat baik ni akan pergi melanjut pengajian ke universiti shoubra mesir. fuh,... jeles2.. setakat ni tu je rancangan utama. yang lain tak kesah pun.

banyaknya moments yang saya terlepas dalam hidup ni kan. hidup kat HUKM je. whole time...

adakah saya tengah torture diri sendiri?

tapi semuanya salah saya jugak sebenarnya... bersedihlah..

wallahu'alam

p/s: gambar raya xde sebab ade org rosakkkan kamera

4 comments:

Eiykin Sshi said...

apsal tragis sgt ney?plik jew,,,bkn medic cuti raye lame ke...?*kompiush*

Unknown said...

sape kata? 2 hari je

Eiykin Sshi said...

oo..btul3.cuti pose yg lame.thniah.heh

Unknown said...

apa yg tahniah.. takziah pttnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...