nama bukanlah penentu keberkesanan dakwah. gogo.. geng bas sekolah
dalam hidup ini pasti kita pernah mengalami kesusahan. ataupun melihat orang memikul kesusahan. pasti ada. apa perasaan kita?
seringkali saya melihat mereka perasaan kesian itu hadir. sangat-sangat kesian. di tambah dengan kehidupan saya yang bukanlah di kelilingi oleh mereka yang hidup senang lenang. melihat pekerja indon di kolej mengambil nasi yang begitu banyak dan cume seketul lauk pun buatkan perasaan itu datang. melihat kedai yang tiada pembeli. melihat peminta sedekah yang tidak di layan. malah melihat adik tidak punya kawan di sekolah pun kesian rasanya.
kalau boleh saya hendak mereka hidup seperti saya. makan nasi arab setiap minggu. tidak pernah risau akan duit. tapi sunnah dunia bukan begitu. setiap kita telah di tetapkan rezekinya. situasi di atas adalah yang berada di malaysia. bagaimana dengan nasib mereka yang berada di negara yang miskin? yang berperang? di palestin? masyaAllah...
dunia ini tidak adil bukan?
tadi tengok movie law abiding citizen. mengisahkan seorang jurutera yang seluruh keluarga di bunuh oleh pencuri. pencuri itu di tangkap dan di bicarakan. oleh kerana dia memberi kerja sama dan menolong polis menangkap seorang lagi geng dia, hukumannya di ringankan. cerita ini mengisahkan bahawa sistem pengadilan yang tidak adil di amerika. tak payah susah susah nak belajar law la, tengok korupsi, kronism kat malaysia pun dah bleh tengok ketidak adilanya. cume orang tertentu je yang dapat. perkataan senang adalah 'cable'. ada cable besar semua jadi. tidak kisah dalam bentuk pendidikan, perniagaan, pekerjaan.
sekarang bukan sahaja dunia yang tidak adil malah sistem di dunia pun tak adil..
kesiankan... yang semakin kaya terus dengan kaya, yang miskin tidak akan jadi kaya. sederhana itu mungkin. kadang-kadang frust pun ada sebagai manusia biasa ini. tidak ada 'redhanya' lagi.
tapi kadang-kadang kita lupa bahawa hidup di dunia ini tidak lama. lupa bahwa kehidupan sebenar itu bermula bila kita mati. hidup kita hanyalah satu persinggahan ibarat berada di perhentian bas. bak kata fasi masa kem minggu lepas. best sangat kem itu. sudah lama tiada kem yang seperti itu menyentuh hati bukan sekadar fizikal atau retorikal. terima kasih. memang berbaloi.
dunia bawah dagu , akhirat depan mata
para dai'e harapan ummah
Dan janganlah engkau menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim (Surah Ibrahim : 42)
ingatlah pabila kita di zalimi atau melihat orang yang di zalimi dan kita tidak mampu melakukan apa-apa bahawa Allah tidak pernah lalai atau tidak perasan walaupun ia sebesar zarah. ingatlah ayat di atas. ayah tidak akan pernah membiarkan orang yang menzalimi.
… Sesungguhnya Allah hanya menangguhkan balasan mereka hingga ke satu hari yang terbeliak mata mereka (Surah Ibrahim : 42)
walaupun mereka boleh bersenang lenang sekarang, ingatlah Allah itu akan membalas pada masa yang paling sesuai buat mereka. jika tidak di dunia akhirat sana dimana Allah pemiliknya akan terima jua.
satu masalah yang kita perlu ambil prihatin adalah, sejauh mana mereka yang di zalimi itu. sejauh manakah agama mereka. keyakinan mereka. jangan jadikan mereka terseksa di dunia malah juga di akhirat. itulah peranan kita. sejauh manakah kita kesiankan mereka. sejauh itu kita perlu usaha membawa meraka kearah keyakinan yang sebenar. think others..
kesimpulanya jika tidak mahu baca panjang-panjang adalah:
-dunia memang tidak adil tetapi Allah itu maha adil
-jika kita bencikan ketidakadilan di dunia, usahakan dengan segi dakwah dan perjuangan bukan sekadar kewangan dan perasaan.
-ingatlah bahawa setiap sesuatu berada di bawah pandangan Allah
Allah SWT yang tidak mengantuk, apatah lagi tertidur (Surah al Baqarah : 255)
wallahualam
dai'e haruslah berdisiplin, puntual dan beratur ikut giliran.
p/s: ari dapat conduct delivary walaupun x observe lg. then kena marah sebab ketawa masa orang tengah deliver baby. lain kali kena pkai mask.
ya Allah aku gembira dan bersykur atas segala petunjuk dan kekuatan yang engkau berikan, tetapkan hati ini di bawah rahmat MU. alhamdulillah Allahuakbar...
2 comments:
Salam akhi, syukran ats peringtnnya ttg dunia tanpa keadilan. mg kita semua akan tetap diberi kekautan. ana teratarik dengan geng budak sekolah tu, boleh ana tahu team ap tu? (^__^)
wslm.. nama tu terbit lpas naik bas sekolah buat kali pertama sejak 6 thun yang lepas.. cume gurauan sesama sahabat.. nothing serious.
Post a Comment