Wednesday, December 1, 2010

mengecewakan

buat kali kedua berada di posting O n G sangat berat. bukanlah silibusnya yang berat. kalau nak di bandingkan ia yang paling sikit. tapi memenuhkan logbook tu yang payah. bukan payah nak cari tapi payah nak buat. bermula dengan nurse yang saya rasa takdelah ketat sangat di ikuti dengan registrar. yang ni bermasalah sikit. punya lah lama menjaga patient hampir 6 jam tapi hanya dapat observe. apa dia la... baik duk bilik pastu datang 5 jam kamudian. bukannya tak boleh conduct pun. situasi ni paling biasa kt labour room. kalau macam ni sampai biler-biler pun observe je. malam ni boleh kata sume observe. sebabkan registrar tu. adoyai, tak faham betul. dia kena penuhkan logbook jugak ke sampai cam tu sekali?

tadi mendengar kawan sebelah cakap masa lecture. berada di posting ini seperti berada di sekolah menengah dan medical student adalah paling junior. yang paling senior pastilah consultan then registrar, MO, midwife, HO barulah medical student. faham-faham la sendiri..

pernah saya terfikir kalau begini semestinya semua mereka menempuh pengalaman yang sama. semua pasti tidak suka dengan keadaan itu. jadi kenapa perlu diteruskan? pernah jugak saya bercita-cita nak ajak kawan-kawan jadi specialist di posting ini dan ubah seluruh keadaan di sini. biar ia menjadi satu keadaan yang baru. tapi mungkin jadi mungkin tidak. kerana saya bukanlah pelajar yang cemerlang. entah nasib di mana.

bukanlah bermakna saya tidak suka. saya suka sangat di tegur jika memang terang-terangan salah perbuatan tapi jika hanya hendak menunjuk-nunjuk memang pantang... walaubagaimana pun, apakan daya, angguk je la.

peringatan buat diri saya masa hadapan, ingatlah kembali pada hari ini. bilamana berada di serba kekurangan. berada di atas bukanlah sesuatu yang spontanous. harus ada stage-stagenya. dan setiap kita akan melaluinya. ingatlah mereka masih berada pada stage-stage tersebut. harus menolong bukan melopong.

setakat ini ngomelan saya...

1 comment:

Anonymous said...

sabar..(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...