Thursday, December 2, 2010

qanaah













kita selalu merasa tidak cukup atas segala anugerah. tanpa sedar kita tak pernah memikirkan mereka yang berada di luar sana di uji dengan pelbagai kepahitan. sedangkan kita hanya tawar sahaja. 

islam sangat cantik dan lengkap. dalam islam ini di panggil qanaah. kita merasa cukup dengan apa yang ada. Allahuakbar. apa yang tak ada dalam islam? semua lengkap dan berada dalamnya dah menjadi satu nikmat yang paling besar. tinggal sahaja sejauh mana keimanan dan darjat seseorang.

nak kaya pun kena ada sifat ni. tak percaya? 

ni kata-kata orang ke dua terkaya di dunia...

tapi kata-kata siapa yang lebih agung dari nabi Muhammad kan.

Daripada Hakim bin Hizam r.a., Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya harta itu umpama benda yang kehijau-hijauan - yakni enak dirasakan dan nyaman dipandang, juga manis. Maka barangsiapa yang mengambilnya itu dengan jiwa kedermawanan - daripada orang yang memberikannya serta memintanya itu dengan tidak memaksa, tentulah harta itu memperoleh barakah daripada Tuhan, tetapi barangsiapa yang mengambilnya itu dengan jiwa kelobaan - atau ketamakan, maka tiadalah barakah Tuhan dalam harta tadi. Ia umpama seseorang yang makan, namun tidak pernah kenyang."
(Muttafaq 'alaih).


p/s: post ni banyak gambar. mind work with pictures right?

walaupun qanaah bukan bererti setuju dengan kenaikan minyak. kezaliman harus di tentang.


masih mengidamkan iphone 4.. ishk2

7 comments:

Eiykin Sshi said...

kamu nak iphone 4??pki jela yg mne ade tuh ha...dorg line fon pon xde btul ke tidak ~ T.T sdih tgk sliper drg...n sume gmbr kat ats...mane dapat?

Unknown said...

hahaha..
dlm blog isuhangat.. dia suh sebarkan..

Shamil Alfilfilani said...

4 laluuu

Eiykin Sshi said...

haha..ingt kamu smngt edit gmbr sdrk..baru nk puji.haha...gura jah...tapi nice entry..tapi tbe2 nk iphone, key sy letak gmbr ifon sbelah public fon baru taw.haha

kecilsikerikil said...

hurm....selalu x pasan yg sy juga suka mengeluh..
tq 4 sharing

Anonymous said...

Assalamualaikum wrt. wbt.

Sdr.,

Saya meminati bidang perubatan. Umur saya sekarang 23 tahun. Saya pernah menduduki peperiksaan SPM (aliran sastera) dan STAM. Alhamdulillah, kedua-duanya cemerlang.

Setakat info yang saya tahu, kebiasaannya pelajar medic ialah dalam lingkungan umur 18 – 20 tahun dan dari aliran sains. Soalan saya adalah adakah saya terlalu lewat dan tidak sesuai untuk mengambil course medic?

Saya juga maklum bahawa pengajian perubatan berbeza dengan course lain sama ada dari segi cabaran mahupun karier. Walaupun begitu, insya Allah jika umur saya tidak terlalu “tua” dan sesuai untuk ambil course ini, saya akan membuktikan saya adalah antara yang terbaik didalam bidang perubatan.

Kalau tidak keberatan, saya ingin mohon respon daripada Sdr. berkenaan 3 soalan saya dibawah ni :

1. Apakah beza antara ambil course medic melalui SPM dan STPM? -Aliran sains-
2. Apakah beza lokasi pengajian antara IPTA tempatan, Mesir & lain2?
3. Anggaran kos pengajian & sumber kewangan mana yang boleh dipohon?
4. Berapa lama tempoh pengajian wajib termasuk housemanship dll..

Semoga sdr. dapat respon terhadap soalan saya dengan beberapa info tambahan yang sdr. fikir berguna terhadap saya. Wassalam.

Unknown said...

waalaikumuslam anonymous,

saya jawab soklan saudara dl ye..
1. di malaysia spm beraliran sains shaja tidak dpt amply medic lg kecuali di usim,uia dan uitm. saudara harus memasuki matrikulasi dan cemerlang di sana. untuk usim dan uia mereka ada matrikulasi mereka sendr yg menjurus kepada pengajian perubatan. kalau di luar negara spm yang benar-benar cemerlang shaja yd dpt terus ke pengajian perubatan. kalau di mesir ada cerita yang lain. jika saudara mengambil STPM aliran sains boleh terus aply jurusan perubtan di mana-mana universit tempatan mahupun luar negara.

2.perbezaaan lokasi pengajian adalah bagaimana mereka belajar dan yuran pengajian. saya sudah tengok banyak lepasan luar negara di HUKM kerana rata-rata HO mereka adalah graduate luar negara. ada yang belajar hanya kepada teori tanpa praktikal dan ada juga mereka belajar praktikal dan teori bergantung kepada tempat mereka belajar. di IPTA tempatan juga begitu. bukan semua sama bergantung pada universiti mana yg di ambil. lain universiti lain dia punya cara. tapi selagi di iktiraf oleh kementerian tidak ada msalah.

3. kos pengajian sgt tinggi tapi pelajar perubatan selalunya di sponsor oleh JPA atau MARA.

4. pengajian untuk perubatan di malaysia min 5tahun. bg usim 6 tahun. bg luar negara 6 tahun(kebanyakannya).housemenship 2 tahun.

umur tidak melambangkan apa-apa di sini. yang penting minat. ada jugak pembantu perubatan yang sambung kepada perubatan. umurnya sudah dekat 30 thun. jika tidak minat susah, kerana karier ini bukan untuk dapt duit banyak semata-mata. ia melibatkan nyawa malah kita semacam 'kuli' di buatnya. jgn terkejut.. saya dah lihat ramai yang terkandas di jalan ini.

saudara mengambil aliran sastera ye, kalau cm tu saya belum pernah lihat ada mereka yg spm aliran sastera ambil perubtan kerana aliran sains adalah syarat. maaf..

semoga ini dpt membantu.. jika ada soalan lg dialu-alukan
wassalm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...