rasa macam lama tak update. walaupun orang kata aktif update. apa apa je la. dua minggu kira lama la kot. targetnya seminggu. sebenarnya ingin menceritakan sesuatu yang lebih serius tapi di sebabkan menulis dalam tergesa-gesa, malam ni nak balik kelantan. kita buat santai je la. untuk renung renungan.
habis je posting O&G sangat melegakan. petang tu terus pegi tempah court badminton. main dengan kawan-kawan. malamnya pulak main futsal dengan usrah. badminton memang saya tahu main tapi futsal kurang sikit. bukan apa tak de peluang nak bermain. tak ada praktise. so main cincai atas kemampuan fizikal je la. tapi jadi top scorer malam tu. hehehe.
dalam 2 permainan ini. saya mendapat 2 rasa. merasa dan terasa. untuk merasa ketika bermain badminton. saya boleh di katakan yang pandai main antara kawan-kawan lain. dan selalunya kita main double. kadang kala saya merasa frust dengan kawan jika dia tidak tahu main. dan ia di tunjukkan dengan perbuatan. dalam futsal saya terasa dengan kawan kerana perbuatan mereka menunjukan saya tak pandai main. faham x?
apa yang hendak di sampaikan adalah dalam kita melakukan perkara yang di tuntut seperti bersukan, kadang-kadang ia membawa kepada satu dosa. dosa kecik ke? menyakitkan hati orang dosa kecik ke? kecik besar dosa itu siapa yang tentukan?
dalam kita berjuang dalam islam kadang kadang banyak juga kita terlepas pandang. berapa banyak amalan yang kita lakukan sebelum ini di tinggalkan. berapa banyak takbir yang pertama kita abaikan. apatah lagi amalan-amalan sunat. jika kamu kata berjuang islam itu sudah dapat menampung semua itu.. kesian lah.
teringat saya pada cerita dream team resource lagi. menceritakan mengenai hassan al banna. habis sahaja ceramahnya dia sendiri yang menyusun kerusi. pabila di tanya. dia menjawab' aku tidak tahu amalan ku yang mana di terima Allah'. kalau hassan al bana yang jasanya di iktiraf seluruh umat islam berfikir demikian inikan pula kita yang tidak siapa tahu pun amalan kita.
bukanlah tulisan ini untuk menghentikan kebaikan yang telah di kerjakan. cuma sayanglah, jika telah di beri kelebihan oleh Allah untuk berjuang di jalanNya, kita terlepas pandang akan amalan yang di titikberatkan olehNya. kerana syurga Allah itu di perolehi dengan rahmatNya bukanlah dengan perbuatan perbuatan kita. jika ibadat selama 500 tahun pun belum mampu untuk membeli syurga Allah.
harapan agar Allah memberikan kita penglihatan yang tidak akan terlepas pandang yang mana prioritas. ingat cctv Allah berada di mana-mana....
p/s: post untuk batang hidung sendiri..
nak balik makan masakan mak..
No comments:
Post a Comment