Thursday, June 2, 2011

2 sem yang lepas.

tup tap tup tap...
pejam celik pejam celik..
dah abis setahun, dan isnin ni bermula semester baru sebagai pelajar perubatan tahun 4.. aiii.. dah tua dah rasanya. kawan kawan sudah ada anak pinak saya masih ber-struggle untuk bakal anak pinak. masa cuti ni ramai jugak kawan yang kahwin. hari ni pun ada tapi tak dapek nak pegi sebab  dah ada kat KL doa lah yang dapat di kirim. lusa ada 2 orang lagi  nasib baik Haidar punye wedding kt cheras ni je. boleh jugak pergi amik berkat. kawan sekolah rendah, dah jadi doctor lepasan HUSM.

saya??
huuurrmmm.. macam sangat jauh je lagi..

ok post kali ni nak cerita sepanjang 2 semester yang lepas. di UKM kami start clinical year masa year 3. tidak seperti UM dan USM, mereka start masa year 4. boleh di katakan year 3 lah yang paling tough antara tahun tahun yang lain. nak culture shock ke, nak berubah ke, nak bizy ke semua masa tahun ni.

saya start dengan posting Internal medicine.
bagi yang tak tahu internal medicine tu ape, ia macam penyakit penyakit yang boleh di ubati dengan ubat. demam ke, sakit perut ke, kencing manis, darah tinggi dan lain lain. kali ni sekali lagi berada di bawah respiratory specialist supervisor. Dr Adina. mula mula orang kata dia garang. memang dia tegas still ok. dia dah cover semua yang kami perlu tahu. sepanjang posting was uneventful. tambahan pula sebagai repeater, saya dah cover semua yang perlu. memang jadi malas lah. pegi ward masa teaching je iaitu waktu petang 2 kali seminggu. pastu datang workshop. pendek kata tidak ade pape lah

lepas tu jabatan kesihatan masyarakat (JKM)
posting ni kat tanjung karang. tinggal di sana selama 7 minggu untuk buat kajian terhadap penduduk kampung sambil belajar suasana hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa. walaupun saya dah tahu tapi kena la buat jugak. kena penat jugak memandangkan budak2 lain tidak tahu. so, boleh kata penat dengan buat aktiviti lah. program masyarakat, masuk kampung keluar kampun dan sebagainya. paling tak best adalah masa posting ni dalam bulan puasa. seriusly saya rasa tidak dapat beribadat seperti biasa dengan masalah pengangkutan dan lain lain. harap harap tahun ni lebih lapang.

lepas tu exam, exam kali ni tenang sangat. tak ade risau pape...

masuk semester baru, posting paling menakutkan adelah obstetrik dan gynaecology
maksudnya posting orang beranak dan sakit puan. berada di bawah Dr Natasha sangat bermanfaat. walaupun dah belajar sebelum ni tapi still belajar benda baru. Dr Natasha manage mengenai infertility ataupun kemandulan (kot) banyak saya belajar dan seorang guru yang bagus. sangat sangat bertuah berada di bawahnya. berada di ward hijau buat saya banyak lagi belajar. walaupun ward roundnya dari pukul 8 hingga 12.30, macam nak tercabut dah kaki, ada jugak hasilnya. yang paling susah mestilah nak penuhkan logbook. kena conduct delivery, kena oncall malam sampai pagi.  pernah bermain main di fikiran saya kenapalah tidak biarkan perempuan sahaja yang perlu amik posting ni. rasanya macam dah tak menjadi keperluan bagi lelaki untuknya kerana perempuan ramai. lelaki masuklah posting Urology/ sakit tuan.. emm pernah jugak nak tanya prof Har tapi tak kesampaian..

akhir sekali posting surgery
posting surgery untuk penyakit penyakit yang kita kena bukak bawak keluar penyakit tu. cancer la mostly. berada di bawah Prof Dr NOrlia, breast consultant. best Prof nih. mengajar buat saya faham. tapi tentang breast je la. saya dah jadi macam breast surgeon (hohoho....) macam semua benda dia ajar. start dengan disease seperti cancer, cyst, abcess hinggalah breast reconstruction surgery. semua dia ajar. best.. personaliti dia jugak agak menarik. entah macam ada persamaan je. huhuhu... tapi yang paling takut adalah banyak lagi system yang tak cover. GIT lah yang paling banyak. walaupun dah belajar tapi posting ni paling blurr sekali.. banyak sangat yang perlu tahu tapi tak banyak yang perlu buat.

akhirnya exam sem ke 2... tidak tenang  tapi Alhamdulillah, lepas..

perjalanan seterusnya adalah orthopedik ( tulang) +traumatology > peadiatrik (kanak kanak) > triad ( opthalmology+ ear nose and throat + anaesthology) > psyciatry ( mental)

azam baru dah di rangka cuma tinggal pelaksanaan.
semoga di permudahkan dan di berkati..


wallahualam

p/s: gambar xbleh blah.. masa PRK tuh
tahniah buat zarina dan pasangan yang melansungkan perkahwinan hari ini. mago cinta hingga ke syurga

supaya di beri kefahaman amalkan doa nih..

Maka Kami telah beri faham/pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat*) dan kepada masing-masing mereka telah kami berikan hikmah dan ilmu dan telah kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung. Semua bertasbih bersama Daud, dan Kamilah yang melakukannya (Ayat 79 Surah Al Anbiya’)
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...