Wednesday, June 15, 2011

tuntutan dan lintasan

masa tengah ajar examinatin di klinik Mr hamdan bertanya kepada sahabat lelaki chinese saya.

"kamu tengok apa pada perempuan?"

"saya tengok muka"

"kamu?" tanya dia pada saya.

"muka..."

"lagi?"tanya dia lagi semacam tidak puas hati dengan jawapan tu

"emmm... tangan" jawab saya

tergelak abis semua orang dalam ruang kecil di sebalik tabir dalam klinik ortho.
saya cume tersenyum, bukan sengaja nak buat lawak.

selepas itu sahabat grop saya perempuan bagitahu la fakta bagi seseorang lelaki itu pandangannya pada perempuan akan pergi ke dada. memang saya pernah baca fakta itu. kajian dari barat malah khayalan bagi lelaki itu sangat dahsyat mengikutnya lagi.

dan sahabat perempuan itu sekali lagi bertanya saya" ko tengok apa?"

sekali lagi saya jawab" tengok tangan lah"

diorang tergelak gelak tak tahan sampai keluar bilik Doctor dalam klinik.

tidak di nafikan setiap manusia akan terlintas pada hatinya akan lintasan lintasan perbuatan dosa. sehinggakan itu di katakan fitrah bagi seorang manusia. seperti mana adanya lintasan hati di dalam solat. tidak ada seorangpun kecuali wali wali Allah yang di beri kelebihan dapat khusyuk sepanjang solatnya. pernah dengar cerita nabi Muhammad  ingin menghadiahkan serbannya bagi sesiapa yang sepanjang solatnya khusyuk kepada Allah. saidina Ali gagal kerana pada akhir tahiyatnya terdapat lintasan pada hatinya akan serban rasulullah itu.

kata syeikh ramadan al buti bila mensyarahkan kitab al hikam mafhumnya lintasan lintasan ini tidak mampu di kawal oleh manusia kerana ia di ciptakan lemah. dan Allah tidak mengambil kira ia sebagai dosa selagimana ia tidak di tunaikan dengan perbuatan. apabila lintasan itu di penuhi ketika tu dialah sefasiq fasiq manusia.

"sesungguhnya Allah tidak mengambil kira apa yang di perkatakan oleh hatinya selagimana ia tidak di lakukanya" hadis

saya suka membaca ayat di bawah ini dalam solat. pada subuh tadi saya bacakan ia jugak

"Dihiasi manusia itu dengan cintakan syahwat daripada perempuan, anak2, harta yang banyak dari emas dan perak, kuda2 tunggangan, haiwan2 ternak dan kebun2 yang luas.  Yang demikian itu adalah kesenangan didunia dan Allah adalah sebaik-baik tempat kembali." al imran 14

di jadikan manusia itu nafsu syahwat, suka akan yang berlainan jenis denganya. itulah fitrah. dan di jadikan tuntutan yang perlu di tunaikan bagi mengelakkan kerosakan seperti tuntutan untuk menunduk ataupun menjaga pandangan. dan cantiknya islam memberi jalan penyelesaian bagi nafsu itu adalah pernikahan.

dan bagi lelaki itu harus menjaga pandangannya. muka dan tangan sahaja di bolehkan. yang lain adalah aurat!

peramal perubatan amat special kalau kita tahu.

sekalipun terdapat lintasan lintasan, tuntutan wajib di tunaikan

wallahua'lam

p/s: posting ortho pun dah penat belum yang betul2 bz lag.. haishhh macam mana nk jadi doktor..
     apa yang senorok belajar perubtan ni saya boleh jumpa pelbagai jenis manusia dan ibrah      darinya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...