apa la budak budak ni, asyik soalan ni je yang di tanya. muka aku ni muka wajib kahwin ke apa? bisik saya sendirian.
"bawak datang muslimat yang mahu di kahwini dengan cincin besi, malam ni jugak kita berlansung" jawab saya berseloroh penuh harapan
adik adik memang suka bertanya pasal ini. tambah tambah bila satu persatu kad jemputan yang datang menjemput. gembira melihat orang gembira mungkin. takpun bahagia mendengar ceramah agama cinta dan novel cinta islamik.
"realitinya tidaklah sama dengan teori, tambahan kita sebagai seorang lelaki" saya menambah lagi perbualan. meredakan ketidaksabaran mereka melihat saya berumahtangga. hahaha...
lihat saja mereka yang sebaya, baru habis belajar . kebanyakan yang berkahwin dulu adalah perempuan. lelaki yang melamar mereka adalah di kalangan yang sudah bekerja.
lelaki yang hanya mampu melelehkan air liurnya sahaja. tidur bertemankan bantal golek.
saya sekarang masih cuba menkhatamkan buku men from mars , women from venus. walaupun dah lama tahu akan kewujudan tapi keperluan untuk membaca belum sampai.
menarik sekali perumpamaan di berikan kepada lelaki dan perempuan. lelaki ini adalah jenis yang gagah perkasa dari gua Mars, melihat dengan teleskop akan di sana ada makhluk di planet Venus. adalah spesis Mars ini seorang yang gagah, ingin menjadi hero, suka pada persaingan, egonya yang tinggi datang dengan fitrah itu ingin menyelamat dan melindungi makhluk dari venus.
dia datang dengan tanggungjawab.
mempersiapkan kapal angkasa, dan setiap apa persediaan agar dapat memberikan kepada makhluk itu sesuatu yang dia mahu dan perlu. tanpa sebarang kekurangan yang akan berkemungkinan yang buat dia di tolak.
hadis soheh yang popular bagi orang yang belum berkahwin
Barang siapa berkuasa ba'ah |
, hendaklah dia kahwin |
sebab sesungguhnya kahwin lebih memejamkan mata |
dan lebih dapat menjaga kemaluan |
Tetapi barang siapa yang tidak kuasa mengerjakan di atas itu |
maka ia puasa saja |
ulama menafsirkan ba'ah itu. walaupun makna dengan maksud ia berkemampuan di segi hubungan intim, ulama juga menambah maknanya yang lain seperti mahar , nafkah dan juga tempat tinggal.
bersabarlah jika perlu bersabar, sesungguhnya muslimin itu sedang datang dengan kasih sayang yang di harap tidak berkurangan...
walaupun kita mahu terbang sebebas bebasnya, tetap akan ada tali yang mengikat. tali itu adalah Tanggungjawab
dalam saya membaca buku di waktu lapang ini. tersentak saya dengan soalan ini.
jujurlah, apakah perasaan ketika merasai nikmat pandang pertama? apakah yang terbit di hati? tepuk dada dan bertanya pada diri: akan wujudkah keberkatan dalam perkahwinan kita?
wallahua'lam
p/s: menikmati masa lapang
cuba menulis dengan lebih kerap.
post depan adalah tribute buat sahabat yang akan berkahwin.
6 comments:
Hey mizan. Sabar je la. Hehe. Mungkin jodoh yg terbaik sedang tunggu u.
Amboi. Siap ada preview for next post. Huhu
Pei zhi ni ^^
hahha.. pei zhi, x sangka u baca ni. kahkah, malu i.
Lol. Mizan. X yah malu. Normal la. Relax je.. Hahaha. Hws holiday
holiday agak bosan la.. how yours?
hmm sikit bosan. tapi ingin enjoy masa kat rumah. buat nothing. x yah risau apa-apa pun. huhu. u x gi gym macam kawan2 u ke? ;P
berseloroh penuh harapan?
tunggu masa je la ni ea :)
moga dipermudahkan urusan dunia akhirat. jzkk atas peringatan bermanfaat
Post a Comment