Wednesday, November 11, 2009

bola itu bulat


Kelantan tewas 3-1. Itulah dia bola. Bentuknya bulat. Tidak selamanya yang di atas sentiasa di atas, pasti ia turun ke bawah. Pada saat Kelantan menewaskan Perlis di tempat sendiri dan juga di Kangar, orang Kelantan tentu berbangga. Tapi pada malam ini bila tewas 1-3, tentunya sedih dan kecewa. Apatah lagi ramai yang menyewa bas untuk menyaksikan Piala Malaysia diusung di Kota Bharu, apakan daya.

Yang pasti, hidup juga umpama bola. Kadang-kadang kita di atas, seringkali kita di bawah. Pada masa kita berada di atas, jangan lupa kita masih mungkin bergolek ke bawah. Pada waktu kita naik ke puncak, kita melihat orang di bawah sangat kecil. Tapi jangan lupa, orang di bawah juga melihat kita kecil.

Sewaktu kita bergolek ke bawah. Dunia kita rasa kelam. Tapi percayalah dengan usaha kita mampu mendaki semula ke atas. Kita mungkin merasakan bahawa penderitaan kitalah yang paling besar, sedangkan kita lupa bahawa ramai lagi yang diuji dengan lebih hebat daripada kita. Mereka mampu tersenyum, maka kenapa kita memilih untuk mengukir duka.

Oleh yang demikian, bukan dalam dunia bola sahaja, dalam dunia kehidupan yang sebenar sekalipun, percayalah, orang yang tewas bukanlah orang yang tidak pernah rebah, tetapi orang yang tidak mahu bangkit semula selepas dia rebah.

Tahniah kepada pasukan Red Warriors.!


wallahu'allam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...