Wednesday, May 19, 2010

anonymous atau posmen

kadang kadang rasa menyesal la pulak letak nama sendiri kat blog ni. walaupun nama ni jarang-jarang jadi nama orang sebab ada AL. tapi orang tetap tahu sebab kebanyakan yang baca adalah kawan-kawan je. kalau rahsiakan, sapa yang nak baca pulakkan. takkanlah diorang ni tiba-tiba nak baca sedangkan beribu-ribu lagi blog yang lebih menarik dari ini.

dengan keadaan sekarang saya dengki pulak dengan anonymous-anonymous dalam blog ni. best je diorangkan. komen mengomen. taukah kamu betapa saya hendak tahu siapakah gerangan tuan anonymous sekalian?

selain dari keadaan sekarang, saya juga macam ada resistant bila menulis. terutama hal politik. maklumlah, masih seorang pelajar. katanya tidak boleh berpolitik. nak komen banyak-banyak pun susah jugak. padahal isu-isu yang ada bukanlah politik sangat. tapi lebih kepada kelemahan seseorang. saja ia di politik kan untuk menutup kelemahan itu dan menjaga kepentingan-kepentingan peribadi.

tahukah bahawa kita sebagai pendakwah ini seperti posmen. kita menghantar surat-surat atau amaran yang dikirimkan oleh Allah. kenapa mahu di salahkan kita? adakah bila posmen menghantar surat amaran untuk memotong elektrik, kamu akan memarahi posmen itu? tentu tidak. yang menjadi masalah antara TNB dengan tuan rumah itu.  sebagai orang tengah apa salah kita?

jadi, untuk diri saya sendiri. tak perlu menyembunyikan diri. sampaikan walaupun pahit. kerana tidak ada satu kesalahan pun padanya.


kepada gerangan anonymous yang hadiahkan quran pada saya, belum saya ucapkan terima kasih. jazaka/illah. quran ni telah menjadi satu-satunya quran saya kat kolej setelah yang asal tertinggal kat tanjung karang. moga setiap amalan saya dengan quran ni ada ganjarannya kepada kamu.

wallahua'lam

p/s: masa terluang ni banyak pulak baca pasal politik. hurmmm..

6 comments:

azira zahadi said...

Ooo, mije dpt hadiah dr SA rupenye..
Alhamdulillah, Al-Quran, patut la nk tahu sgt pasal anony, ingt kn ape la..

Bgus analogi TNB, posmen dan tuan umah tu.. ske2
=)

Al-Mizan said...

kak azira dh salah faham ni. mije yg nk jd anony. yg pasal 2 sampingan je. dh lame dh...
mije amik anologi tu dr tok guru nik aziz mase kuliah jumaat..

azira zahadi said...

oh, sy ke slh fhm?? Ye ke, mmg entry ni ckp awk nk tahu sape anony la(xnk mengalah. =) )

Bnyk sgt isu politik skrg.. Semua da jd haru biru..Merah hijau, kuning jingga..haha..

Ade isu y bkn politik pun da dipolitik kn..Soal syariah dan undang2 Islam pun di anggp politik. Bla brckp soal2 undg2 Islam y jelas ade dlm al-Quran pun dikaitkan dengan politik..sempitnye pmikiran manusia..agk2 dlm kepala ade prkataan politik je kot..

Nati kalau da nk tkr blog bru, tulis la title blog "anonymous atau posmen" spy sy leh detect awk nye blog bru.. hehe

Anonymous said...

Salam..perkongsian bermanfaat dan terkesan. Syukran. Nama yang unik, sesuai dgn empunya. InsyaAllah.

Al-Mizan said...

azira: semangat tidak mengalah tu bagus.. hehehe. kalu sy buat nama tu dh x jd anonymous la kan?

Al-Mizan said...

anon: afwan.. semoga bermanfaat. jika tersilap tegur2 lah ye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...