Thursday, May 27, 2010

aku bimbang....

aku bimbang...
bagaimana kalau besok aku mati mendadak? sembahyangku masih banyak yg belum terqada'. puasaku masih ada yang belum berbayar. kewajipanku masih banyak terbelangkai. hutangku masih berlambak-lambak.

aku bimbang...
aku sering menasihati orang, tapi aku sendiri masih belum melakukannnya. bagaimana jika di persoalkan di hadapan Allah nanti. malulah aku di saksikan oleh sekelian manusia. lebih malu berada di depan Allah dan nabiku.

aku bimbang..
aku sering mengikut hawa nafsu. mata tak mampu aku jaga. inikan pula hati yang terselindung dari manusia. makan minumku ikut suka hatiku. amarahku sering tak terkawal. beginikah aku yang hendak berhadapan dengan Allah nanti?

aku bimbang...
apakah aku akan disambut senang di alam barzakh oleh munkar dan nakir dengan wajah yang manis atau sebaliknya? apakah aku akan di belasah oleh pembengis-pembengis di alam barzakh. apakah aku dapat menahan sakit bila ular kubur yang datang menggigit kerana sembahyangku yang kurang. apakah al quran yang ku baca datang melindungi aku atau datang melaknat aku kerana tidak menunaikan haknya..

aku bimbang...
imanku masih terumbang ambing. aku tidak dapat menjadi model yang terbaik. adakah ada orang yang mendoakan aku didalam kubur nanti? adakah di sana ada orang yang menyedekahkan al fatihah dan surah surah al quran kepada ku? hilang aku dari pandangan maka hilanglah aku dari kenangan. begitukah..

aku bimbang... sangat bimbang..
amal ibadatku amat kurang. lebih mnyedihkan ia mengikut mood yang datang. bukan merasakan sebagai seorang hamba yang serba kekurangan. sering berasa diri seorang yang terbilang. taubatlah engkau sekarang. selagi nyawa di kandung badan. berhentilah menjadi sahabat kepada syaitan. agar hidupmu berada dalam keredhaan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...