Tuesday, May 18, 2010

pedih...

segala pujian hanya layak bagi Allah, pencipta sekelian alam. yang mentadbir seluruh alam menjadikan setiap planet sentiasa  berputar pada paksinya, air mengalir mengikut arusnya, dan udara yang tak pernah pernah habis di sedut oleh makhlukNya. selawat dan salam keatas junjungan besar nabi SAW yang merupakan kekasih Allah, sebagai rahmat untuk sekelian alam. menunjuki haluan jalan kepada tiap-tiap orang umatnya. meninggalkan khazanah yang  tidak ternilai yang di jamin keberadaanya supaya kami tidak melencong ke jalan yang di murkai pencipta.

lama sudah rasanya tidak menulis. walaupun masa begitu banyak terluang tapi tanpa akal yang sempurna tidak dapat jua melembarkan dakwah di alam maya ini. walaupun kita ada satu kelebihan tapi tanpa kelebihan lain belum tentu mendapatkan kita melakukan sesuatu matlamat.

begitu juga islam. kita tidak di gelar muslim jika hanya yakin dengan Allah dan rasul sahaja. sifir dalam rukun islam itu tidak sama dengan matematik yang kita belajar. 3-1=2. tapi dalam islam tolak je satu jawapannya 0.

paling orang tidak yakin mungkin adanya pembalasan hari akhirat. jika kita yakin dengan semua itu mana mungkin timbul isu penghalalan judi, zina, buang bayi, rasuah, mengumpat dan lain-lain. kalau nak di listkan banyak sangat.

adakah mereka tidak percayakan setiap yang buruk itu ada balasannya walaupun sebesar zarah. adanya neraka yang  di cipta khusus dan yang paling ringan boleh membuatkan otak menggelegak.

Ath-Thabrani meriwayatkan; “Jibril datang kepada Rasulullah SAW pada waktu yang tidak biasanya dia datang.Kemudian baginda berdiri menyambut kedatangannya seraya berkata;

“Wahai Jibril,belum pernah aku melihat engkau berubah rupa.” Jibril berkata; “Aku datang setelah Allah memerintahkan aku mengintip neraka.” Rasulullah SAW bertanya; “Wahai Jibril ceritakan kepadaku tentang keadaan neraka!” Jibril menjawab, “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan jahanam supaya menyalakan api seribu tahun hingga menjadi putih.Lalu Dia memerintah supaya menyala seribu tahun lagi hingga menjadi merah.Dan kemudian Dia memerintahkan supaya menyala seribu tahun lagi,sehingga warnanya bertukar menjadi hitam pekat.Tidak kelihatan lagi cahayanya dan tidak terpadam lagi nyalanya.

dan Allah telah memberitahu dengan jelas siapakah penghuni-penghuni neraka ini.
Al-Baihaqi meriwayatkan; “Umar RA membaca ayat;
(( إن الذين كفروا بئا يتنا سوف نصليهم نارا كلما نضجت جلودهم بدلنهم جلودا غيرها ليذوقوا العذاب إن الله كان عزيزا حكيما ))
Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka.Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Surah an-Nisa’:56)
Dia lalu berkata; “Wahai Kaab,cuba tafsirkan ayat ini!Jika kamu benar,aku terima.Jika kamu bohong,tidak kuterima.” Kaab berkata; “Sesungguhnya kulit manusia dibakar dan ditukar dalam sesaat atau dalam sehari ribuan kali.” Umar berkata, “Kamu benar,”
Al-Baihaqi meriwayatkan; “Bahawa dalam menerangkan ayat tersebut,Hassan al-Basri berkata, “Api itu memakan mereka setiap hari tujuh puluh ribu kali.Setiap kali selepas dibakar,dikatakan kepada mereka; “Kembalilah.” Lalu kembali seperti sediakala.”


tetapi adakah mereka sedar ? mungkin tidak kerana kerana mereka tidak yakin...


wallahua'lam


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...