Wednesday, June 23, 2010

maafkan aku..

semenjak saya masuk u ni ada benda yang saya jaga. kerana saya tidak mampu menahannya jika ia datang tanpa di undang. saya tidak mahu merasa bersalah. juga tidak mahu mereka rasa maruah di jatuhkan. apatah lagi sampai menguraikan benih-benih airmata tidak pada tempatnya. walaupun hanya beberapa kali ia mendatang tapi saya sudah serik.

saya tidak kata cara menjaganya ini betul malah cara ini sangat bodoh. memaksa saya melakukan perubahan yang akhirnya menjadi satu yang berkekalan. biar orang kata saya teruk asalkan tidak akan saya menghadapi benda tu. hanya bila bersama keluarga sahaja baru saya berubah balik. saya sudah tidak mahu jadi begitu. biarlah saya ini bagaimana saya yang sebenar.

teringat akak saya pernah bercerita bahawa dia jumpa seorang kawan batch perempuan. akak saya bertanya bagaimana saya di sini. dia menjawab saya ni jenis men'drop' perempuan. terutama dalam meeting.  hahaha.. tergelak saya sekejap masih tidak tahu siapakah gerangannya.. walaupun selepas itu terfikir sekejap. dalam saya sedar tidak sedar, perubahan yang saya harapkan menjadikan saya seorang yang teruk. maafkan saya.. tidak sengaja.

di sini juga saya sudah menukar ganti nama bagi mereka. kalu dulu mereka di hormati sehingga ganti nama yang layak untuk mereka adalah saya dan awak. tapi di sini, mereka tidak lebih hanya aku dan ko. walaupun bagi sesetengah orang tidak significant pun tapi bagi saya tidak. maafkan saya..

kamu sepatutnya di hormati. bukan sebaliknya semata atas alasan yang saya sendiri bukan seorang yang bermujahadah. kerana saya yang tidak dapat melawan nafsu. yang akur dengan ajakan syaitan. maafkan saya...

maafkan saya andai kata pernah mengguris mana-mana hati secara sengaja mahupun tidak. saya baru sedar bagaimanapun tidak akan dapat lari dari benda ini. nasihat saya, janganlah luaran menjadi ukuran. saya masih tidak mampu membimbing mana-mana manusia. saya bukanlah orang terbaik. dan saya takut menghadapinya.

wallahua'lam

p/s: tak faham? xpe, maafkan jela kalu ada salah silap..
      seronok jadi laki ni, bleh letak gambar sendiri 

14 comments:

Anonymous said...

macam paham..
tp xphm...penin2

Unknown said...

emm.. cm ne nk terang ek.. kna maafkan dl. hehehe

Menapak kubur said...

"seronok jadi laki ni, bleh letak gambar sendiri"

mmg pun.. =(
Tapi xpe, bnyk lg gmbr lain y boleh ltk, cnthnye bunga kt tepi ni..cantik!! =)

Unknown said...

hahah. ada baur2 dengkin di situ..

Menapak kubur said...

oh tidak..
Tiada unsur dengki di sini..
Allah tak bg dengki2 ni..xbaik.. =)

Bnyk kali sy bce artikel ni..bkn sbb tak fhm..
Tp nk ketawa pun ade..sbb ske bt tafsiran sndiri..(ignore this sentence)

=)

Unknown said...

x baik bt tafsiran sendr.. sesat nt. tafsir quran pun xleh bt suke hati.hahaha.. lucu sgt ke? kena delete nih.

Menapak kubur said...

Ai, ikut ske sy la..
Sy bkn gtau sape2 pun ape y sy tafsir..(relaks, jgn emo =) )
Just wait and see bnda tu jd x..
Insya Allah xsesatkan sape2 pun..

"tafsir quran pun xleh bt ske hati" = sy ade wat camtu ke??? Kalau ade tgur la..

nmpknye semua bnda sy komen kene delete ke..lps ni xleh komen la..smua org delete entry..slap2 delete blog..bkak blog bru..
title blog "posmen".. haha

Unknown said...

emm.. kita kna bertanggungjawab dengan apa yg kita tulis kan. x jd delete lah.. komen byk2 lg

adik solehah said...

ape mksd men'drop' perempuan..
x fhm???

kereta biru said...

saya rasa saya faham apa yang cuba disampaikan..(~~)
insyaAllah gerangan org yg ingin disampaikan tue akan faham..

Unknown said...

drop ni bahasa laki2 satu geng. bermakna mcm memperlekehkan la. atau merendah-rendahkan.
kereta biru:insyaAllah

Nurul Amiza Mat Adam said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Amiza Mat Adam said...

salam, tetibe rasa nak komen.Maaf, saya bukanlah pembaca tetap blog ini.

Saya boleh memahami artikel in sbb pernah ada pengalaman kena 'drop' dgn lelaki esp dlm memberi pendapat.Rasa sakit hati memang ada sampai kdg2 rse taknak derma pendapat n taknak berckap dgn lelaki.(extreme kan?)

Tapi perempuan pun ada defense mechanism mereka.Maafla, secara jujurnya kalau saya, akan anggap lelaki tersebut tidak professional dan tidak matang.(lagi extreme..)

Kenapa perlu gne cara sakitkan hati perempuan sedangkn byk lagi cara lain w/pun terpaksa.Kalau adik perempuan atau kakak mereka diperlakukn begitu, adakah mereka gembira?

Dalam bnyk hal masalah ikhtilat hati, saya suka ingatkn diri pda artikel Ustaz Has 'Cinta-Layan Jangan, lawan pun jangan'.Mungkin kita perlu bersikap lebih sederhana dan mempraktikkan sunnah Rasullullah spt dlm hadis;menundukkan pandangan dan berpuasa.

Maaf terpanjang pula.Nasihat ini sekadar perkongsian sebagai saudara muslim yg saya angap spt 'abang/adik' sndiri.Dan semestinya ditujukan khas buat saya sendiri yg menulis komen ini.

Unknown said...

oh... terima kasih.. sy terima pandangan tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...