hari tu ada mengikuti ceramah baitul muslim. di akhir-akhir penceramahan, ustaz itu mula hendak menimbulkan kontroversi. kontroversi apa lagi kalau pasal baitul muslim, mesti la poligami. tapi sayangnya dia menanyakan lelaki iaitu saya. jawabnya boleh la. kriteria dia mesti la berkemampuan. kemampuan macam mana? dari segi boleh adil dan kewangan. tak jadi sangat la kontroversinya bila tambah muslimat yang xd respon yang menarik.
bagaimana adil tu? dia bertanya tapi tiba-tiba xnak saya jawab sedangkan memang ada jawapan pun. kalu xnak xpe la... saya pun malas nak jawab. saya lagi suka menulis.
bagaimana adil ek.
seperti yang dah ramai tahu. maksud adil yang ulama bahaskan dalam hadis 7 golongan yang berada di bawah bayangan Allah di hari kiamat yang saya belajar mase sekolah menengah dulu adalah meletak sesuatu pada tempatnya. so, zalim adalah bila kita tidak meletak sesuatu pada tempatnya.
ada juga orang kata adil itu sama rata. betul ke?
jika membicarakan tentang baitul muslim. bagaimana adil suami itu. contohnya seorang isteri itu size xl dan sorang lagi size m. bila kita membeli kain untuk di buat baju, adakah perlu sama meternya? tidak. size xl perlu di beri lebih dan size m pelu di beri kurang. itulah yang di maksudkan adil. takrifan sama rata salah sama sekali.
sama juga aplikasinya dalam setiap perlakuan kita. jika kita seorang pemimpin, pemilihan bawahannya perlulah pada kelayakannya. adakah doktor hendak di suruh menjadi engineer? itu zalim namanya. walaupun kita melihatnya adalah perkara kecil tapi hati orang itu perlu di titik beratkan. di doanya kita nanti. doa orang di zalimi ni tiada hijabnya.
macam-macam lagilah contoh yang ada. kroni ke, berpolitik ke, pandangan ke. pandai-pandai la relate k. kritis2...
jagalah perilaku dan sentiasalah berlaku adil...
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu :
1) imam (kepala atau pemimpin) yang adil.
2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.
3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid.
4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.
5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)
6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya.
7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."
(Muttafaq 'alaih)
wallahua'lam
p/s: gambar dacing x bermaksud umno itu adil.. gambar tu adalah gambar neracaislam. hehe
2 comments:
Salam..Owh..Gitu rupanya..Now I Know..
Ya Allah..Semoga hamba-Mu ini tergolong di kalangan orang2x yang dinaungi dalam naungan-Mu..
iye sob.. insyaAllah.. same2 kita tergolong dlamnya
Post a Comment