hujung minggu yang lepas saya tak sempat post entry yang baru. memang niat saya paling kurang nak postkan paling kurang setiap hujung minggu. so hari ni saya cuba untuk postkan walaupun contentnya mungkin kurang. paling kurang dapatlah sikit-sikit.
pasti tertanya-tanya kenapa semangat sangat nak post ni. semangat sangat berblog. roommate pun ade bising-bising suh study. ada jugak sahabat yang selalu nice dalam goal dia pun cakap beruntung saya ada blog. tapi nada dia macam lain sket la. kenapa ye?
pernahkah kamu terfikir apa yang dapat kamu buat di masa hadapan. setelah keluar dari kampus. sebab sekarang saya belum nampak jalan dan medium yang hendak berjuang selain membina keluarga. di manakah saya hendak berdakwah nanti. ada juga orang yang memikirkan untuk masuk parti politik dan sebagainya. tapi adakah sudah sure? paling penting adakah kita masih bernyawa masa itu? saya masih belum nampak..
saya juga telah terfikir, setahun demi setahun masa berlalu semakin banyak sahabat telah keluar dari universiti. maksudnya mereka telah bekerja. maksudnya juga mereka telah mungkin terputus connection dengan saya. sahabat dekat ukm kl sahaja sekarang sudah final year. apakah setelah mereka keluar, blog ini masih di kunjungi. saya rasa tidak.
saya bukanlah orang penting. jawatan yang di pegang juga kecik-kecik. bukan juga orang yang berpengaruh. medium dakwah saya amat kecil. blog ini sahaja yang ada kepunyaan saya. yang lain semuanya kepunyaan orang lain.
sebab tu saya kena terus menulis.
saya sangat berharap saya dapat memberi sesuatu kepada orang lain. walaupun kecil sebagai bekalan di akhirat sana. amat beruntung lagi jika ia amalan yang berterusan. kerana saya seorang yang banyak dosa. kalau di hitung keburukan dan kebaikan, tak sure yang mana berat.
saya dah fikir keadaan saya, anda bagaimana?
Sesungguhnya peluang untuk mengembangkan dakwah itu adalah taufik dari Allah SWT. Allahlah yang memudahkannya bagi sesiapa yang didapati ada kebaikan dalam hatinya. Tugas itu adalah penghormatan dari Allah kepada seorang hamba, bukannya bebanan. (Imam Ahmad Bin Hambal)
wallahu'alam
4 comments:
Salam.. Semoga terus istiqamah dalam perjuangan ini..
walaupun berdakwah diblog nmpk kecil, tp sebenarnya byk impaknya bg shbat2 yg selalu singgah dnmembacanya..
Setiap orang punya kelebihan sndiri, dn dari kelebihan itulah kita kene gunakan sebaik2nya.. n nta bagus dn hebat dlm bidang penulisan.. maka itulah medium dakwah yg terbaik buat nta.. semoga usaha yg sedikit ini mendtgkan pahala yg tidak terhingga disisi Allah.. InsyaAllah..
Semoga snantiasa ditetapkan hati dijalan-Nya..
Wallahua'lam.. wassalam..
salam. amat beruntung sekali golongan yg menggunakn blog sbg medan dakwah sprti and dn rakan2 kita yg lain.
tdak smua org ada kelebihan sebegini..truskn brdakwh.
dalm masa yg sama,belajar medic dgn lebih baik..insyaAllah=)
salam..
tahniah kerana usaha anda berdakwah..
secare jujurnye,byk hasil penulisan anda yg menyedarkan..
bukan utk memandang mudah,jauh sekali utk mengkeji..
tp hakikatnye,setiap blogger mempunyai medium yg sgt luas utk berdkwh,.
anda adalah 1 daripadanya..
teruskan dgn penulisan2 anda..
semoga kita semua dirahmati dan diredhai-NYA..insyaALLAH..
Salam ukhwah..Memang betul apa yang ente nyatakan..
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.
Jadi..Ana rasa, selagi langit tidak runtuh, selagi kaki memijak bumi..Teruskanlah berdakwah..Semoga Allah merahmati usahamu..
Post a Comment