Tuesday, July 13, 2010

malaysia yang lucu

dua tiga hari ni saya rasa lucu dengan malaysia ni. lucu dengan pimpinannya apatah lagi rakyatnya sebab ia sebuah negara demokrasi. bagaimana 'penyelarasan harga' di jalankan. dan bagaimana pula pimpinan respon dengannya. mereka ini tidak risau akan kenaikan ini sebab melayu itu mudah lupa dan layu. setahun dua nanti lupa lah dan kembali bersyukur dengan pimpinan yang ada. hahaha...tiba-tiba saya berasa bodoh sebab berada di bawah orang yang bodoh.

http://www.malaysiakini.com/news/137607
http://www.malaysiakini.com/news/137574
http://www.malaysiakini.com/news/137536
http://www.malaysiakini.com/news/137550

tertarik saya pada kisah presiden negara besar dunia. walaupun dari segi akidah tidak sama tapi kebaikan yang ada padanya patut di contohi:



Kehidupan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad merupakan contoh terbaik dalam aspek kesederhanaan.

Semasa Mahmoud ditanya oleh media Barat, apakah yang dikatakan kepada dirinya sendiri setiap kali beliau melihat cermin pada waktu pagi, Mahmoud menjawab:

"Saya melihat lelaki di dalam cermin itu dan berkata: Ingat! Kamu tidak lebih sekadar pesuruh kecil, dan hari ini kamu mempunyai tanggungjawab yang sangat besar iaitu untuk berkhidmat kepada negara Iran," katanya.

Mahmoud, sejak awal pelantikannya sebagai Presiden Iran, mengejutkan banyak pihak dengan tindakannya yang berlawanan dengan kebanyakan pemimpin tertinggi dunia yang lain.

Lelaki bertubuh kecil itu memulakan perkhidmatannya sebagai Presiden dengan mendermakan semua permaidani mewah Iran yang berada di pejabatnya kepada masjid-masjid di Teheran.

Beliau kemudian menggantikan permaidani tersebut dengan permaidani biasa yang berharga jauh lebih murah.

Semasa mula-mula mengambil alih tampuk pemerintahan, Mahmoud menyedari kewujudan sebuah bilik mewah yang digunakan untuk mengalu-alukan kedatangan VIP di bangunan pejabatnya.

Beliau kemudian mengarahkan bilik itu ditutup dan digantikan dengan sebuah bilik biasa yang hanya dilengkapi beberapa buah kerusi kayu.

Mahmoud juga dikenali sebagai Presiden yang prihatin dengan masalah kebersihan, terutama di bandar Teheran apabila beliau beberapa kali menyertai pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan berdekatan kediamannya dan pejabat Presiden.

Mahmoud pernah berkata, beliau bangga menyapu jalan-jalan di Teheran.

Di bawah pemerintahannya, Mahmoud menuntut semua menteri menandatangani dokumen perjanjian berkaitan harta dan kekayaan, di mana menteri dituntut supaya tidak menyalahgunakan kuasa untuk memperoleh kekayaan.

Beliau juga membenarkan menteri memasuki pejabatnya tanpa perlu meminta kebenaran.

Mahmoud, yang dilahirkan pada 28 Oktober 1956, memegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan lalu lintas dan pengangkutan di Universiti Sains dan Teknologi Iran, di mana beliau bertugas sebagai pensyarah sebelum dilantik menjadi Presiden pada 6 Ogos 2005.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Teheran bermula pada 2003 hingga 2005.

Semasa dilantik menjadi Datuk Bandar, perkara pertama yang dilakukan Mahmoud adalah mengumumkan 'harta terbesar' yang dimilikinya, iaitu sebuah kereta Peugeot 504 yang dikeluarkan pada 1977 dan sebuah rumah kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun lalu.

Presiden keenam republik Islam itu juga pada mulanya berkeras mahu terus tinggal di rumahnya selepas dilantik sebagai Presiden tetapi beliau dipaksa oleh pasukan keselamatannya supaya berpindah masuk ke kediaman Presiden atas sebab keselamatan.

Mahmoud juga enggan menerima gajinya sebagai Presiden kerana menganggap semua kekayaan itu adalah milik negara dan dia dipertanggungjawabkan untuk menjaga kekayaan Iran.

Selain itu, salah satu sikap Mahmoud yang mengagumkan pekerja di pejabat Presiden adalah tabiat beliau yang membawa sebuah beg berisi sarapan pagi yang disediakan oleh isterinya, setiap hari.

Mahmoud turut menghentikan penghantaran makanan khas yang disediakan untuk Presiden sebelum ini.

Lebih menarik lagi, beliau mengubah kapal terbang rasmi Presiden kepada kapal kargo untuk membantu menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan mengarahkan supaya beliau diterbangkan menggunakan penerbangan biasa dan ditempatkan di kelas ekonomi.

Beliau juga menghentikan sambutan khas yang diberikan kepada Presiden seperti permaidani merah semasa lawatannya di dalam negara.

Apabila beliau dikehendaki menginap di hotel, Mahmoud akan memastikan pihak hotel tidak memberikannya bilik yang mempunyai katil besar dan menegaskan beliau tidak suka tidur di atas katil, sebaliknya lebih suka tidur di atas tilam nipis.

Perjalanan semasa kempen beliau untuk menjadi Presiden juga dikagumi apabila Mahmoud memenangi pilihan raya umum Iran tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan atau menerima sebarang sumbangan, sebaliknya hanya bergantung kepada penyokongnya yang menggunakan jaringan masjid untuk meraih sokongan.

Walaupun kelantangan Mahmoud membuatkannya tidak disukai oleh negara Barat, namun sifat sederhananya dikagumi media Barat yang tidak putus-putus menulis mengenai keperibadian Mahmoud.

Begitulah kehidupan Presiden salah sebuah negara paling berkuasa di dunia.


Sumber : http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7947948.asp

6 comments:

Anonymous said...

salam, mizan...syukran atas perkongsian menarik. Begitu terharu,amat2 brbangga dgm sikap rendah dri dn kehebatan Presiden Iran ni. Amat brsederhana. MasyaAllah. Smoga dpt mengambil pengajaran drpd kesederhanaan beliau.

nice.. said...

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.... See More

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.
Jangan buat tinjauan rambang

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.

Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Puji 'keberanian' Najib

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.


by:bumiputera berjaya.

Unknown said...

anon: btul tu, bler la malaysia nk dpt pemimpin utama mcm tu..
nazil: link yang aku bg tu psal benda ni la. tq sb copy..

Anonymous said...

Salam..Betul ke ni..??!!Ana begitu terkezzut (neurogenic shock) sbb dalam dunia metropolitan ini, masih ada pemimpin yang tinggi kesederhanaannya..Kagum dgn keperibadiannya..Masya-Allah..

Anonymous said...

menarik...thanks...boleh gak ambik pngajaran drpd pemimpin dunia...

Unknown said...

drpd sumber yg bleh di percayai la sob.
hafiz: amik jgn x amik. jdlah pemimpin yg adil. meletakkan sesuatu pada tempatnya. hebatnya pemimpin itu bile dia dpt menyatukan smua org di bawahnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...