Tuesday, July 27, 2010

jahil...

 hari tu ada usrah  'kuiz' dengan dr aziz. kuiz yang di bagi ada 30 soalan. tapi yang dapat di jawab boleh kira dengan jari. buat malu je. rasa jahil betul masa tu. baru rasa yang diri ini kurang ilmu. diri yang selama ini bangga dengan pengetahuan agama yang ada. yang selalunya membanding diri dengan adik-adik sebenarnya jahil.

tidak dapat di nafikan bahawa ilmu itu luas. selagi mana kita belajar pun tidak akan habis. sebab itulah di dunia ini ade mereka yang subspecialty. mereka punya kepakaran dalam bidang masing-masing. tapi itu semua tidak menolak kewajipan kita untuk mempelajari semua ilmu.


tapi ilmu itu terbahagi kepada yang fardhu ain dan fardhu kifayah. persoalannya disini fardhu ain dah lepas ke belum? ataupun tahukah ilmu yang wajib kita pelajari? mungkin ada yang mengatakan ilmu agama. benar.. cabang mana yang wajib kita pelajari? kalu yang ni pun tak tahu masakan ilmu lain kita perlu pelajari. kerana kalau pernah kita belajar kitab dari kulit ke kulit dan bukan internet semata-mata pasti muqadimahnya menyebut kepentingan masing-masing.



tidak malukah kita, di gelar sebgai naqib/naqibah, murobbi, pendakwah, pejuang islam sedangkan asas islam itu tidak kita ketahui. adakah kita hendak berdakwah untuk memasuki islam lepas tu di biarkan saja lantaran kita yang jahil. ataupun sekadar dapat membawa manusia itu ke surau dan merasakan dah berjaya. rasanya konsisten tak mereka itu.


lebih menyedihkan, mereka yang bergelar diri sendiri ini tidak mengamalkan apa yang di beritahu. apa yang mereka mahu mad'u buat. sedih benar... katanya sembahyang jemaah itu tuntutan tapi subuhnya dalam bilik bersama gajah. katanya berdakwah itu kewajipan setiap muslim tapi tidak kurang menyekat pendakwah. paling menyedihkan bila sesama mereka saling dengki mendengki. kalau beginilah cuba tanya, kita ni nak bawa masyarakat ke mana? jahiliyah atau cahaya?

....liciknya syaitan, mudah saja sang dai'e tersungkur. Akhirnya dia bermujahadah bukan lagi untuk mardatillah,tapi untuk kecintaan pada penyokong yang ramai, pangkat, pejabat besar dan puja puji manusia. Lebih parah, apabila memandang semua pendakwah yang tidak berjuang dijalannya atau 'melalui fiqrahnya' sebagai... bacul, tercicir di jalan dakwah, hanya berjuang dalam comfort zone... (ubahsuai, Zaharuddin.net)

 

semoga Allah bersama kita yang berjalan di jalan dakwah ini.


apa yang saya nak tekankan disini adalah kita ini jahil. amat tidak banyak yang kita tahu. bagaimana dengan amalan pula nanti. teruskan belajar. jangan sedikit pun merasa bosan. perancanga saya untuk tahun ni paling kurang la. tak perlu banyak yang penting istiqamah dan matlamat.

1. habiskan tafsir juzu' amma oleh ust zahazan dan bro nouman ali khan
2. fiqh manhaji mazhab syafie
3. sirah nabawiyyah ( peperangan rasul) by TGNA
4. madrasah hassan al banna by dr yusuf al qardawi
5. jalan dakwah by mustafa masyhur

masih tak rasa malu??


wallahu'alam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...