Wednesday, August 4, 2010

cerita keluarga saya..

saya bagi terus tajuk ni pasal keluarga saya sebab biler orang tengok dan rasa tak penting tak baca. tak penting pun. tapi untuk adik saya baca la.

tadi saya terima panggilan daripada mak. sedih bunyinya, dia sunyi berada di rumah tanpa anak-anaknya yang biasa buat bising. sejak kakti dan elia berpindah ke putrajaya, rumah tu memang sunyi. tinggal amirah je. semua yang lain dh pergi ke KL. tadi mak suruh balik terus bila cuti ni. memang saya nak balik.

mak juga bimbang dengan anak-anak dia, terutama maisyarah kat matrik pahang tu. jangan la buat perangai pelik-pelik. focus pada study,benda lain hold la dulu. mak bimbang sangat dengan kamu. bukan bimbang kamu fail tapi tak sanggup tengok kamu kecewa. kecewa bila cita-cita tak kesampaian. lagi satu kamu senang sungguh terpengaruh. kamu punya banyak kelebihan tapi guna la sebaik-baiknya. jangan menyesal di kamudian hari. saya pun dia bimbang juga. tapi mungkin lagak saya buat dia tak bimbang sangat.

mak jugak sedih, bila keluarga kita tak seperti dulu. sejak abe leng dengan kakti kahwin, kita tak macam dulu. tiada gurau senda yg berlebihan. sangat susah untuk kumpul semua. time raya pun masing ke rumah mentua. rumah mentua pun jauh-jauh. susahkan nak kumpul. saya rasa dah setahun tak kumpul semua sekali. sebab tu mak suruh cari isteri orang kelantan sebab mak sunyi.

kita beruntung jugak sebenarnya dapat mak seperti ni. ingat tak sape yang defend kita dari abah bila kita buat salah. mak kan. walaupun kita memang buat salah. siapa yang sorokkan kesalahan dari abah jugak. mak kan. siapa yang bagi duit lebih bila kita memerlukanya. mak jugakkan. siapa yang merayu kat abah bila dia tak bagi pegi kem ke mana-mana ke. mak jugakkan.

mungkin kamu kata saya ni tak pela. anak kesayanga mak. itu kata kamu. masa kecik sape yang paling teruk kena dengan abah selain kakti dengan abe leng la.ada saya pernah mintak pape dengan mereka .kena pukul sebab tido lepas semayang subuh. kena pkul sebab putuskan selipar. terpaksa malu dengan keadaan dulu. kereta buruk, moto pun buruk. kamu yang belajar masa sekarang mintak apa pun dapat. masuk sekolah pun yang power-power. saya dulu sampai mintak-mintak nak masuk maahad tu walaupun akhirnya masuk lepas 4 tahun duk sekolah lain. tapi apa yang kamu mintak sekarang? semua tak penah cukup.. hasilnya kamu tak penah pun fikir consequence terhadap mak ngn abah. cuma fikir diri je. lepas tu menyalahkan mereka pulak.

mereka mungkin bukanlah ibubapa yang sempurna. tambah bila kita lihat parent orang lain dan compare. tapi mereka tetap parent kita. tolong la gembirakan hati mereka. paling kurang pun jangan la buat mereka risau. saya dah menyesal bila abah seakan nak menangis bila surat JPA datang bagi amaran.saya risau takut tak sempat menggembirakan mereka balik sebelum datang ajal mereka.tak risau ke mereka meninggal dalam keadaan tidak gembira dengan kita?

emm.. xde apa dah nak tulis, pesan saya ingat la mereka yang mengambil berat pasal kita. bukan mereka yang memberi berat. kerana syurga itu di bawah tapak kaki ibu..

wallahu'alam

1 comment:

Anonymous said...

salam...luahan hati seorg abang,anak,pelajar dan hamba Allah. Byak jawatn yg kita pegang dn bukannya mudah. Tahniah mizan,mempunyai sikap ambil berat dgn adik beradik dn faham perasaan ibu bapa. x smua kita pd hari ni ada nilai kesedaran ini. Memiliki adik beradik yg ramai dn ibu bapa adlh anugerah Allah yg x ternilai. Dan menjadi tanggungjwb kita untk mensyukuri nikmat Allah ini. Smga mnjadi lebih baik dn dipermudahkn urusan,insyaAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...