Monday, November 1, 2010

my dream team..

bila di renung-renung balik hidup ni punya banyak fasanya. cuba ingat kembali bagaimana keadaan kita dahulu.

'berubah sangat, dulu montel berisi nakal  je' kawan saya sek rendah dalam facebook berkata.

itu secara lahiriah.

secara batiniah, fasa yang saya lalui daripada seorang budak yang nakal, kepada budak yang belajar berdakwah(dalam madrasah), dan  kepada budak yang khusyuk, lepas itu kembali kepada sederhana dan akhirnya sekarang yang masih tidak tahu namanya. dan perubahan ini lah yang membentuk kita di masa hadapan. sebagaimana pengalaman yang kita dapat daripadanya insyaAllah boleh membawa kebaikan kepada diri dan orang lain.

saya punya minat yang x betul siket. saya suka tengok drama 'how i met your mother'. sebab cerita tu kelakar. sebelum tido mesti tengok. kalau la dapat berzikir seperti tengok cerita tu.. dalam siri yang terbaru cerita itu mengisahkan bgaimana marshal mahukan anak lelaki kerana tidak mahu anak perempuannya menjadi teruk seperti perempuan yang di kenalinya. dari situ saya kadang-kadang terfikir apa yang membuatkan seseorang itu berubah. bagaimana seseorang itu berubah dari fasa ke fasa yang lain.  ingin benar saya mengetahuinya sebagai persediaan untuk menjadi seorang pendidik seperti marshal kerana ketentuan lelaki atau perempuan itu di tangan Allah.

mungkin ada mengatakan hidayah. benar memang tidak boleh di sangkal lagi dan ia mesti di ikuti dengan taufiq dari Allah. itu lah jawapan kepada post fizu mengenai mengendahkah hidayah. taufiq adalah kekuatan yang di berikan untuk melakukan sesuatu perkara. sebab itulah kita sering di sarankan untuk  meminta taufiq dan hidayah dari Allah.

tapi saya percayakan multifactorial. mungkin ada asbab-asbab lain...

apa kena dengan tajuk post ni?

hahahaha...

selain fasa yang saya lalui di atas, sukan yang saya ceburi juga sama. punya fasanya sendiri. bermula dengan bola sepak waktu sekolah rendah, silat bila naik menengah, berehat masa menengah tinggi, badminton masa matrik dan bola tampar masa di university.

saya tertarik dengan pidato Anis Matta dari PKS mengenai 100 pemuda masa depan indonesia. hebat pidatonnya yang ingin mengumpulkan 100 pemuda, team impian yang merentasi jemaah untuk menaikkan indonesia. so post hari ni saya nak buat dream team untuk team volley ball dalam batch saya.hehehe...


1. hafizudin mohd tahir @ anchor. zahir tak menentukan apa apa. lompatannya mengalahkan orang yang tak pernah bersukan. tangan yang besar dan padat memberikan dia kelebihan untuk spike tanpa dapat di sambut. blocknya juga agak perfect. selagi dia berada di depan jangan harap nak spike tapi agak senang nak tipu akibat momentum. boleh mengubah cara permainan dari kalah kepada menang. dig dan setter yang terbaik. boleh bermain di semua posisi. amat berpengaruh di court. menjadikan dia dipilih sebagai penolong kapten.

 2. ijat hafiz @ sekelijat. sekali lagi zahir tak menentukan apa apa. lompatannya boleh mengalahkan lompatan orang yang tinggi sikit padanya. teknik 'bunga' nya memang tiada tandingan walaupun kadang-kadang je. walaupun jersi no 9 tapi dia sesuai dalam defend daripada attaking. dig dengan baik tapi setter yang moderate. lebih sesuai berada di belakang. seorang yang pemalu sikit seperti dalam gambar..

 3. naqiudin@ naqibu. walaupun kembarnya tak pandai main bola tampar tapi dia hebat. seorang yang gelabah sikit. tidak takut mengakui kesalahan yang sering di lakukan dengan bunyikan "alaaaa" specialitynya adalah sebagai setter. mungkin dia pernah belajar taichi dari tv tapi setnya agak baik. dignya juga takde masalah. boleh predict bola tipu dari pihak lawan membuatkan coveringnya yang paling terbaik setakat ini.


4.fairuz@ b****.spek yang di pakainya tidak melambangkan apa apa. bukanlah nerd. hebat di gelanggang. antara attacker yang agak baik. boleh spike tajam cume kemahiran lompatan masih boleh di perbaiki. dig dan set adalah tiada masalah baginya. semua stabil je. tapi agak gemuruh bila melalui tournament. hypertension maybe. kalau main biasa memang tidak dapat di tandingi oleh syuk.

bersambung.......

p/s: fuh entry panjang pulak, penat nak habiskan. esok dan lusa exam osce. doa agar di permudahkan

2 comments:

ibnu azman said...

ko jwb post ak y mne?

Unknown said...

post ko yg kata di beri hidayah tapi x hiraukannya.. adakan.. kalau x silap la.. sebelum binatang2 tu muncul dlm blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...