Monday, April 11, 2011

sahabat lama..

kali ni kita bercerita.. selang seli..

cuti cuti ni memang best berjalan jalan. dalam minggu ni saja dapat jumpa ramai sahabat lama. terutama dari sekolah dahulu. lama bebenor dah tak jumpa. satunya sebab sebelum ni sibuk sangat. cuti x pernah lebih dari 1 minggu. lepas tu tak sama pulak. program kat kelantan pun jarang dapat join. nasib baik ada program kat kawasan nih.

hari khamis jumpa zulatfi, kat sekolah panggil pokju je kat KLIA. yang ni paling liat sekali nak jumpa. start abis SPM dia amik STAM walaupun result dia lagi baik dari saya (kot). lepas dapat best student STAM terus pegi Mesir ambil lughah (bahasa arab).  corse sama dengan abang sulung saya. kak ipar saya kata bagi orang malaysia yang paling mudah kat azhar adalah syariah dan yang paling susah adalah lughah. kira hebat la dia ni (kot). lepas pergi Mesir tu dah tak pernah balik. balik ari tu sebab rusuhan. jadi macam mana pun rasa nak jumpa jugak. rapat jugak la dulu.belajar sama sama. dia banyak ajar madah arab , saya ajar dia akademik.

so, dengan semangat nak jumpa jugak dengan dia saya redah la jalan jalan berpandukan signboard yang ade. kalau ikut google map sejam sampai. dengan bajet masa sejam sebelum dia check in saya bertolak. rupenye 30 min je. mungkin sebab bawak kete laju. lebih 15 min nak cari parking. almaklumlah tidak pernah kesampaian ke KLIA yang terkenal di seluruh dunia nih. darat org kate.

lepas tu semalam pegi HAMKA 2011. himpunan mahasiswa kelantan 2011. kat sini memang penuh budak maahad plus budak usrah kawasan. semua belajar tinggi tinggi katakan. ada yang biasa jumpa kalau ada program macam budak USIM. ada jugak tak pernah jumpa sejak sekolah sampai tak kenal nama. maaf sangat. memori lost sebab dah tua nih. yang penganjur MSK pun daripada geng geng lama jugak . pengarah dia pun satu kelas dulu. bila dah geng ni mula lah kena jadi bidan terjun. terketar jugak mula-mula nak azan tuh.

pegi 6 buah motosikal je sebab kat sini memang jarang ada orang kelantan. sekali lagi meredah. nasib baik ada GPS. xde la sesat sgt. dengar tok guru berucap memang sedap. kawan saya ijat dental kata ada aura tersendiri walaupun dia tak faham. khusyuk je dengar walaupun lama. habis je terus balik sebab dah lewat, naik moto pulak takde lesen. tak sempat nak bergambar dengan sahabat yang ada. tapi bila di fikirkan kebanyakan mereka kecuali medic dan dental semua di tahun akhir. lepas ni dah takde la diorang kalau ada program. emm. semua dah nak keluar kepada masyarakat.

petang tadi pulak khidmat masyarakat. kat sini jumpa akak senior yang dah grad la. kak iqlima. baru je kahwin. tak sempat nak ucap tahniah pun sebab busy. ramai betul orang concern pasal kesihatan dia. sakit tekak kena menjerit memberi konsult akibat bising dengan pasar tani dengan pembesar suara. patut la orang kata medium dakwah dalam perubatan ni sangat luas sebab kita berkomunikasi terus dengan manusia. dan mereka sangat percayakan kita.
Ya Allah tetapkan aku di jalan ini...


apsal saya suka nak bercerita nih. kalau bercerita mulut memang jangan harap lah. malas tapi menulis rajin pulak. pelik2...

p/s: Allah sedang memberi petunjuk. Alhamdulillah..
moga ukhwah tidak terputus antara kami.

Ya … Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati–hati ini
Telah berhimpun dalam cinta pada–Mu,
Telah berjumpa pada taat pada–Mu
Telah bersatu dalam dakwah pada–Mu
Telah berpadu dalam membela syariat–Mu


Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya,
kekalkanlah cintanya..


Tunjukilah jalan–jalannya,
penuhilah hati–hati ini dengan Nur–Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada–dada kami dengan limpahan keimanan kepada–Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu...
amin..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...