Friday, April 8, 2011

susah nak jadi muslim?!

susahkan nak jadi seorang muslim. setiap hari kena sembahyang. 5 kali pulak tu. yang paling tak tahan ada yang waktu subuh. kena bangun awal walaupun nak sembahyang sorang sorang. ada jugak waktu asar time tengah tidur pastu nak gi main pulak. maghrib ngan isyak pulak dekat dekat tak sempat nak buat pape pun. time ramadan pulak kena puasa. sepanjang bulan pulak tu. tinggal kena ganti. kalu tinggal lagi kena denda. tu yang wajib buat yang orang nampak. yang tak nampak dan wajib buat pun banyak lagi. belajar quran, aqidah, syariah, tasawuf. itu tanggungjawab pada diri. tak termasuk pada orang sekeliling. kalau ada anak kena jaga betul betul. kalau ada suami kena taat betul betul. lepas kalau masuk dalam perjuangan banyak lagi masa yang hendak di luangkan. tak masuk perempuan lagi. panas la, rimas la dan banyak lagi lah.

"poor u all sebab kena sembahyang" kata Dr A pada kami masa teaching. teaching dengan Dr ni sangat lama. lepas zohor sampai dekat maghrib bermula teaching dalam group sampai ke oncall round. tu pun belum habis lagi. kami belum sembahyang asar ni mintak diri. seronok diorang banyak masa untuk buat itu dan ini. study pun mesti baca lebih kan. makan pun boleh makan khinzir. kata bro muallaf katanya sedap. lepas tu boleh pegi enjoy kt kelab-kelab. campur laki dan perempuan tanpa halangan. tu semua sedap kan.

memang susah pun. kalau di lihat pada mata zahirnya dan kita akan banyak mengeluh. di tambah pula pada masa sekarang tekanan terhadap orang islam. pandangan orang kepada islam jugak terukkan . orang islam jarang yang berjaya sekarang. semua nak cukup cukup makan. kalau tanya kenapa mulalah islam yang di persalahkan.

"ko xpe la tak semayang"

bila mindset dah kata orang islam susah nak berjaya sebab banyak masa pergi ke tempat lain selain belajar. sampai bila bila pun takkan berjaya. kita selalu macam tu.

sering mencari alasan daripada penyelesaian.

lebih teruk bila menjadikan islam agama yang di anuti sebagai tempat kita meletakkan alasan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.

padahal Allah dan janjikan seribu satu malah berjuta-juta infiniti nikmat atas kesusahan yang kita hadapi. cume batin kita yang tidak nampak akannya. juga kita tidak nampak nilainya. nilai bagi seseorang amat berbeza. nilai islam bagi yang benar benar islam pasti akan rasa ia sangat berharga. bagi yang tidak hanya mengatakan ia hanya menyusahkan.


contohnya: bagi seorang budak kecil di berikan pilihan gula gula dengan duit sepuluh ringgit. pastilah dia memilih gula gula walaupun duit sepuluh ringgit itu boleh membeli lebih banyak gula gula. kerana penilaian bagi seorang budak begitu. baginya gula gula lebih sedap dari duit sepuluh ringgit.

begitu juga bagi muslim. dia melihat pahala dan redha Allah itu lebih jauh bernilai daripada segala keseronokan di dunia ini. tidak hairanlah jika di luar negara mereka bermati matian memperjuangkan hak islam seperti bertudung dan mempertahankan masjid al aqsa.

penilaian kita pula bagaimana?

dalam kita beribadat pula tidak dapat lari dari kita redha akan apa yang kita lakukan. mana boleh kita sembahyang sambil hati busuk memaki hamun. tidak akan ada manisnya. lama kelamaan ibadat itu bagai tidak beri apa kesan pun. kemanisan iman pun tak tercapai.

Daripada Ibnu Abbas r.a Nabi Saw bersabda: ” Dapat merasai kemanisan iman , orang yang meredhai ALLAH sebagai TUHAN, ISLAM sebagai AGAMA, dan MUHAMMAD sebagai RASUL.

kehidupan muslim itu bukan pada keseronokan tapi pada keredhaan.

           maka adakah orang yang beriman seperti mereka yang fasik(kafir)? mereka tidak sama       (al sajdah :18)

wallahua'alm

1 comment:

Anonymous said...

suka dgan ayat yg budak2 buat pilihan antara gula2 dan duit sepuluh ringgit..ilmu,kecenderungan,pengalaman yg membezakan apa pilihan yg kita ambil. Hidup adalah untuk membuat pilihan:syurga atau neraka, pahala atau dosa,etc...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...