Friday, June 3, 2011

post ke 165..

assalamualaikum, salam 1 rejab di pagi jumaat..

kejap sahaja sudah sampai kembali bulan rejab, bulan yang penuh rahmat sehingga bulan ramadan.. tak sabar rasanya nak sampai ke bulan ramadan. nak mula merantau ke masjid masjid sekitar KL. nak abiskan malam dengan sembahyang terawih sambil tenggelam dalam ayat ayat Allah. amalkan doa dari nabi ini.

"Ya Allah, berkatilah aku di bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikan aku ke bulan Ramadhan"
tapi semua tu semestinya perlukan latihan sebelum masuknya bulan ramadan. latihan itu bermula dari sekarang. seperti kita naik motosikal. motosikal baru kena bawak perlahan lahan dahulu. bila tiba bulan ramadan dah boleh pecut laju.

sedar tak sedar semenjak blog ni di lahirkan pada mei 2009 hingga sekarang jun 2011 agak agak 2 tahun sudah 165 entry yang saya tulis. tak tahu lah nak kata banyak atau tidak. kalau di buat buku ade 165 muka surat tidaklah tebal sangat. kalau di tolak yang mengarut ngarut entah sampai 100 atau tidak.

bila kita menulis kita tahu ceteknya ilmu yang adakan. sampai satu ketika tak ada idea ataupun tidak tahu bagaimana nak mengulas panjang sesuatu isu. kerana kurangnya kita belajar, hafal hadis dan quran, bersama orang orang alim dan pemberian kefahaman oleh Allah.

hebatnya ulama pada zaman dahulu mereka menulis. satu tajuk sudah berjilid jilid  dan mempunyai banyak sangat tajuk. dan sampai kepada kita hari ni bahan tulisannya menjadi rujukan utama. dan kalau kita belajar semua tulisan seorang penulis belum tentu boleh habis dalam hayat kita. hebatkan. mereka semestinya bukan menulis macam saya yang perlu cari rujukan itu dan ini kerana semuanya ada di dalam kepala mereka. di tambah dengan keramat yang Allah bagikan kepada mereka seperti kefahaman dan ingatan yang kuat.

ibnu qayyim menulis buku zaad al maad hanya ketika beliau dalam musafir kalau tidak silap ada 4 jilid. beliau mengulas hidayah Allah sepanjang hidup kita.

al hafiz imam ibnu hajar asqalani. mendapat gelaran Al Hafiz kerana menghafal lebih 100 000 hadis dengan taraf taraf hadis dan sanadnya. menulis fathul bari yang berbelas jilid. beliau jika menulis tidak akan melihat tulisan yang sebelumnya. menunjukkan tanpa ragu akan tulisannya.

buku yang selalu kita baca hadis ar bain di tulis oleh imam nawawi. hebatnya beliau  menulis dan mengajar hingga tidak kesempatan mendirikan rumah tangga.

syed qutub menulis tafsir fi zilalil quran ketika beliau dalam penjara  dan menghabiskan 30 juzu. apabila keluar beliau mengemaskini 13 juzu kerana fitnah menjadikan tafsir haraki yang paling luas tersebar di dunia.  Dr. Hasan Farahat: “Tafsir Fi Zilalil-Quran” telah menjadi begitu terkenal dengan sebab Sayyid Qutb (Rahimahullah) telah menulis tafsir ini sebanyak dua kali; kali pertama ia menulis dengan tinta seorang alim dan kali kedua dia menulis dengan darah syuhada’.

kerdil rasanya, harus bagaimana kita ini, belajar sikit ,menulis lagi la sikit. dakwahnya tidak lansung berkesan.  ibadatnya tunggang langgang.. cuma yang tinggal hanyalah blog yang kencang alim nih.. padahal orangnya tidak alim. bagaimana mahu meraih syurga Allah? layakkah??

cuma harapkan rahmatMU ya Allah.....
aku tidak ada apa apa yang mahu di persembahkan...
seharusnya tidak layak lansung untuk mengharapkan syurgaMu..
tapi aku takut akan seksaan azab nerakaMu..
rahmati aku Ya Allah, rahmatilah aku...

1 comment:

Anonymous said...

Salam Ukhwah..Alhamdulillah..Mmg berkesan di hati ana..Tq Mije..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...