Monday, November 14, 2011

masa muda..


Suntuk betul masa muda ini, lebih lebih lagi berada dalam bidang perubatan. Sampaikan ada yang kusut masai rambutnya, bengkak dan line hitam bawah matanya. Apa tidaknya setiap malam perlu melakukan persediaan menghadapi hari esoknya bersama supervisor masing masing.

pernah saya bawa buku ke kafe untuk tengok bola dan di tanya oleh felo "esok exam ke?"
memang situasi dari sekolah lagi bila seseorang pergi kemana mana dengan membawa buku mesti dianggap ada exam yang mendekati. tapi dalam bidang ini bukan begitu. belajarnya harus 'continous'. walaupun bukan rela dan terpaksa kerana setiap hari berdepan dengan specialist yang expect kita tahu itu dan ini.

saya masih hairan kenapa masih ramai yang meminati bidang ini. selain kemuliaannya pastilah kesenangan dunia yang ada.

Perbualan biasa

“aku busy sangat la sekarang, susah mencari masa ke surau” kata si A bila di Tanya khabar islamnya.

“aku janji selepas habis belajar ni aku akan jadi taat pada Allah” tekad si B pula
Situasi yang biasa berlaku di kalangan kita orang orang muda. Sangat yakin dengan jarak umurnya.
 
Ibadat pada Allah itu merupakan satu proses yang mengambil masa yang lama untuk mendapatkan hasilnya. Bukanlah ia seperti ‘exam’ kita di kampus. Last minute study sudah cukup untuk kita menghasilkan keputusan yang memuaskan hati.

Salah faham masa muda

Sejarah telah menunujukkan bahawa pemuda merupakan satu entity yang bisa mengubah corak dunia. Bagaimana sultan Muhammad Al fateh menerajui kerajaan usmaniah pada umur 19 tahun dan mengetuai tenteranya membuka kota constatinople pada umur 21 tahun. Manakala kontribusi saidina Ali dalam kisah agung penghijarahan nabi yang menjadi titik tolak kepada perkembangan islam juga tidak boleh di nafikan.

Tapi  kita di tanamkan bahawa masa muda ini  dengan memiliki darah yang panas. Lebih panas dari haiwan berdarah panas. Ingin mencuba segala macam bentuk aktiviti tidak mengira betul salahnya. Masa mencari pengalaman katanya. Setiap yang berlaku ada kebaikannya katanya lagi.
Kita hidup di dunia ini di beri pilihan. Setiap perbuatan kita mempunyai pilihan yang kita harus putuskan. Siapa kata masa muda tidak perlu beriman bersungguh sungguh?

Allah suka pada pemuda

Allah menurunkan kisah yang amat popular bagi pemuda pemudi sebagai rujukan.  Allah menyebut dengan spesifiknya dalam ayat ke 10 surah al kahfi ‘fityah’ ataupu remaja. Mereka ini sanggup melarikan diri ke gua semata mata menjaga iman mereka.

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami". (Surah Kahfi:10)

Dalam ayat yang ke-13, Allah menekankan bahawa Dia menceritakan kisah ini dengan haq, dengan sebenar-benarnya. Dan Allah sebut bahawa mereka ini ‘fityatun amanu birabbihim’, mereka adalah remaja yang beriman kepada Allah dan kerana iman mereka, Allah menambahkan petunjuk ke atas mereka. Dalam ayat seterusnya, Allah beritahu bahawa Dia meneguhkan hati mereka.

Dalam hadis masyhur juga menyebutkan 
“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Menunjukkan bahawa semahal mahal dan paling bernilai masa adalah pada masa mudanya. Ketika mana setiap pemuda/I itu di datangkan dengan pelbagai nikmat dan godaan . dan beruntunglah bagi meraka yang Berjaya melepasinya di alam remaja itu dengan melakukan ibadat dan amal soleh.


wallahua'lam


p/s: artikel yg penuh yang saya hantar ke BEST

1 comment:

Sue suhaila said...

subhanallah..teruskan usaha anda utk mnyampaikn dkwah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...