Saturday, March 17, 2012

all the best sahabat..

sering kali saya berkhayal...

kalaulah saya dah nak ambil exam final sekarang,

dah nak graduate, pakai jubah merah.

nak bergambar dengan family time konvo,

nak bekerja, cari duit. belanja mak ayah dan adik beradik.

nak pergi jalan jalan.

lepas tu nak kahwin kot..

tapi Allah takdirkan saya sedikit lambat. dan memberikan sahabat saya jalan yang smooth. jujurnya saya jeles.

setiap posting sebelum ni saya fikir 'cepat la exam'. saya nak kejar sahabat saya yang jauh di depan. sedangkan saya tahu mereka bukan keadaan statik. kami berjalan dengan kadar terus.

tinggal 2 hari sahaja lagi mereka akan menempuhi exam profesional yang akan merangkumi 5 tahun pembelajaran. suatu yang amat susah. untuk mengingati semua itu.

apa yang saya pasti kamu mesti sudah cover kebanyakannya kerana saya tahu kemu semua orang yang hebat hebat belaka.

apa lagi yang tinggal adalah BERDOA!!

ingin saya yang lemah ini kongsikan amalan yang saya buat.

solat taubat sebelum berhajat. sungguh Allah akan melihat pada orang orang yang suci dari segala dosa. banyakkan beristighfar. sebutkanlah nama Allah yang mulia ya ghaffar ya tawwab. yang maha mengampun dosa dan maha menerima taubat hambanya

solat hajat mesti dilakukan dengan khusyuk. bacalah ayat panjang sedikit atau berulang ulang dalam solat sehingga hadir akan perasaan khusyuk dengan Allah. ambilkan masa yang lama dalam setiap pergerakan. rukuk, sujud, i'tidal dan sebagainya. setiap pergerakan ini hadirkanlah rasa rendah diri dan kehambaan bersama hajat kita.

antara tempat mustajab doa adalah pada sujud dan sebelum salam berdasarkan hadis. banyakkan berdoa pada tempat ini.

selesai salam, banyakkan selawat keatas junjungan besar nabi muhammad sebelum berdoa. banyakkan juga bertahmid.

berdoalah dengan bahasa yang di fahami. jika ada doa dari nabi boleh di masukkan kerana padanya ada berkat.

sungguh para sahabat "dua itu adalah senjata bagi mukmin"

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” (Riwayat al-Tirmizi)

“Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan.” (Surah Ghafir : 60 )

Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa antara kamu yang dibukakan pintu hatinya supaya berdoa, nescaya Allah bukakan padanya pintu-pintu rahmat. Dan tidak ada doa yang dipohon itu yang lebih disukai Allah selain daripada memohon kemaafan (keselamatan di dunia dan akhirat).” (Riwayat al-Tarmizi)

all the best semua terutama sahabat housemate , sahabat seusrah dan sahabat 4th year.

saya akan sentiasa doakan kejayaan antum semua.

akhirnya bersangka baiklah dengan Allah. 

"sungguh Allah bersama sangkaan hamba terhadapNya"
saya serahkan khayalan diatas kepada antum untuk menggapainya dahulu. Allah telah memberi antum kelebihan, jangan sia siakannya...

sekian, wasalam...

                                        (cube teka apa yang mereka lihat?)


knowing and be with antum in this 5 years is one of the greatest thing in my life.
hope for the best, let Allah do the rest.

p/s: alhamdulillah, terima kasih ya Allah .
        i am officially final year medical student... 1 year to go

                              celebrate with housemate immediately at carl's : )

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...