Sunday, February 7, 2010

beku..



Beku, tu je perkataan yang sesuai dalam 2-3 hari ni. Rasa tak tahu nak buat apa sedangkan report masih tertunggak dan final exam ada 2 minggu lagi. Nasib baik jugak ada blog, boleh membuang masa.
Manusia ni lemahkan. Selalu ada limitnya. Selalu ada batasnya. Bukan semua kita dapat lakukan. Nak study pun kadang-kadang tunggu mood datang. Nak bekerja pun kena ada partner yang sesuai. Nak makan sekalipun perlu ada penambah rasa seperti kicap dan budu. Tapi semua itu dapat di ubah dengan kesungguhan. Kesungguhan itu datang dari mana? Datang dari kesedaran,Datang dari kecintaan, datang dari didikan.

Friday, February 5, 2010

sanah helwa ya akhi..



Berada di tanjung karang buat kami lebih mengnali. Kelmarin kami menyambut salah besday salah seorang sahabat. Sahabat saya ni hebat orangnya. Mendapat anugerah supir paling hebat. Selama saya berkawan, banyak sangat kelebihan yang ada padanya. Paling saya suka, dia seorang yang menepati masa. Semangat bila di bagi kerja.sangat komited. Walaupun nampak macam malu-malu tapi dia seorang yang punya pendapat yang bernas. Kami juga punya banyak persamaan dari segi gila-gilanya. Tapi kadang-kadang emo jugak..
Mudah cerita siapa yang dapat dia ni memang bertuah la…. Huhuhu

bebas..



Lama sungguh rasanya saya tidak menulis dengan situasi yang tenang. Susah benar. Ketenangan itu sering di himpit dengan pelbagai factor. Report, kawan, aktiviti biasanya menjadi penghalang. Susah benar beroleh ketenangan.
Apa itu tenang?
Pernahkah kamu merasa hidup di dunia sendiri, hatinya penuh dengan keceriaan tanpa hasad-hasad. Tanpa ada orang lain dalamnya.seperti separuh sedar. Kadang-kadang kita termenung jauh tapi tidak ada apa-apa yang di fikirkan. Cume termenung.

Monday, February 1, 2010

tahniah dan terima kasih..



Tahniah di ucap kepada farih najihah sebagai wakil kepada fakulti perubatan dan alia (gambar di atas) kerana menang dengan undian ke 2 terbanyak dalam kerusi umum. aspirasi menang 19 dan gabungan 15 menang manakala bebas 1( kalu tak silap) .

setelah segala effect yang berlaku sepanjang prk kali ni yang saya kira paling hangat, berharap para mpp yang di beri kepercayaan dari pelajar untuk suara mereka menjalankan tugas. satu amanah yang berat. setelah segala yang di janjikan. jangan biarkan ia sekadar omong kosong.

Thursday, January 28, 2010

prk: realiti dan harapan


Dalam penulisan ni saya ingin menjadi pemerhati. Menjadi se-neutral yang mungkin. Jika tersilap sila bagitahu. Mana mungkin saya boleh cover semua dengan betul. Mesti ada biasnya. Menjadi pemerhati bukan mudah. Ada sahaja di rasakan tak betul. Sebab itu mane ada pemerhati politik yang boleh kita dengar kat Malaysia ni. Setiapnya pasti ada kepentingan. Kalu tak ada maksudnya tak terkenal lah.
Jika prk menghampiri, ramai yang tertanya apa prk ni? Tak ada fungsi pun. Tak Nampak perubahan pun. Apa tu aspirasi? Apa tu gabungan mahasiswa? Ramai yang tak tahu. Yang tahu mereka yang terlibat dalam tu lah. Dan masing-masing cuba untuk mempromotekan diri dengan pelbagai cara.

Sunday, January 24, 2010

bosan dengan kehidupan ini? (sambungan)




pemuda itu bingung....

Setiap guru yang dia datangi selama ini selalu berupaya untuk memberikannya semangat untuk hidup. Yang satu ini aneh. Ia bahkan menawarkan racun. Tetapi, kerana dia memang sudah betul-betul jenuh, dia menerimanya dengan senang hati. Pulang kerumah, dia langsung menghabiskan setengah botol racun yang disebut "obat" oleh guru tadi. Dan, dia merasakan ketenangan sebagaimana tidak pernah dia rasakan sebelumnya.

Begitu rileks, begitu tenang! Tinggal 1 malam, 1 hari, dan dia akan mati. Dia akan bebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di sebuah restoran. Sesuatu yang sudah tidak pernah dia lakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Oleh kerana ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan sebuahkenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya amat mendamaikan! Sebelum tidur, dia mengucup bibir isterinya dan membisik di telinganya,

"Sayang, aku mencintaimu." Kerana malam ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah kenangan manis!

Esoknya; bangun tidur dia membuka jendela bilik dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia tergoda untuk melakukan jalan pagi. Pulang kerumah setengah jam kemudian, dia menemukan isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkannya, dia masuk ke dapur dan membuat 2 cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan sebuah manis!

Isterinya yang merasakan sesuatu kelainan, berkata dalam hati

"Selama ini, mungkin aku salah. Maafkan aku, sayang."

Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Pekerjanya menjadi bingung,

"Hari ini, Boss kita ganjil ya?" Dan sikap mereka pun langsung berubah. Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah kenangan manis!

Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih toleran, bahkan apresiatif terhadap pendapat-pendapat yang berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mula menikmatinya.

Pulang kerumah jam 5 petang, dia menemukan isteri tercinta menungguinya di beranda depan. Kali ini justeru isteri yang memberikan ciuman kepadanya sambil berkata,

"Abang, sekali lagi saya minta maaf, kalau selama ini saya selalu menyusahkan abang."

Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan,

"Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu stress kerana perilaku kami."

Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia membatalkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia minum, petang semalam?

Dia pergi bertemu dengan gurunya lagi.

Apabila melihat raut wajah pemuda itu, rupanya guru langsung mengetahui apa yang telah terjadi,

"Buang sahaja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh, Apabila kau hidup dalam kekinian, apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila sahaja, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan jenuh, tidak akan bosan. Kau akan merasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan."

Dia mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan guru, lalu pulang ke rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Konon, dia masih mengalir terus. Dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP!

Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul, tapi merupakan suatu anugerah untuk dinikmati.


p/s: tak perlu kot nak buat saspen sebab ni saya copy. hehehe. maaf. moga ada manfaat.

jom turun mengundi

Saturday, January 23, 2010

hakikat kehidupan.


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya
ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur,
di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka
berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian
mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin
cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang
perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika
saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti
tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar
untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak
lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah
kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil.
Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita
memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan
sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama
mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus
disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya
lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat
mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan
menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,
Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang
lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan
dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang
wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan
lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda
sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan
kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham
cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang
anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya
mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan
lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia
ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. ..
Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang.
...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun
tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan
menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang
kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau
dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan
dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu
persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan
anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain,
sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran
Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka
inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang
Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya
murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang,
misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang
tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan,
mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang
serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka
akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang...." Matahari bersinar terik takala
anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan
pikiran masing-masing di kepalanya...

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN
HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA
AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN
KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA
DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA
SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DI NEGARA2 LAINNYA, BARU
KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH
TERLEWAT UTK MENGUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM.. AMIIINN...

penamaan 25hb , pilihanraya kampus 28hb. sama2 turun mengundi. kita mampu mengubahnya.

p/s: benar kata sahabat, kat jkm ni otak tak gerak sebab badan banyk guna. ada idea nk tulis tapi xleh nk elaborate dan xde mase.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...