Sunday, January 24, 2010

bosan dengan kehidupan ini? (sambungan)




pemuda itu bingung....

Setiap guru yang dia datangi selama ini selalu berupaya untuk memberikannya semangat untuk hidup. Yang satu ini aneh. Ia bahkan menawarkan racun. Tetapi, kerana dia memang sudah betul-betul jenuh, dia menerimanya dengan senang hati. Pulang kerumah, dia langsung menghabiskan setengah botol racun yang disebut "obat" oleh guru tadi. Dan, dia merasakan ketenangan sebagaimana tidak pernah dia rasakan sebelumnya.

Begitu rileks, begitu tenang! Tinggal 1 malam, 1 hari, dan dia akan mati. Dia akan bebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di sebuah restoran. Sesuatu yang sudah tidak pernah dia lakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Oleh kerana ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan sebuahkenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya amat mendamaikan! Sebelum tidur, dia mengucup bibir isterinya dan membisik di telinganya,

"Sayang, aku mencintaimu." Kerana malam ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah kenangan manis!

Esoknya; bangun tidur dia membuka jendela bilik dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia tergoda untuk melakukan jalan pagi. Pulang kerumah setengah jam kemudian, dia menemukan isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkannya, dia masuk ke dapur dan membuat 2 cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan sebuah manis!

Isterinya yang merasakan sesuatu kelainan, berkata dalam hati

"Selama ini, mungkin aku salah. Maafkan aku, sayang."

Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Pekerjanya menjadi bingung,

"Hari ini, Boss kita ganjil ya?" Dan sikap mereka pun langsung berubah. Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah kenangan manis!

Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih toleran, bahkan apresiatif terhadap pendapat-pendapat yang berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mula menikmatinya.

Pulang kerumah jam 5 petang, dia menemukan isteri tercinta menungguinya di beranda depan. Kali ini justeru isteri yang memberikan ciuman kepadanya sambil berkata,

"Abang, sekali lagi saya minta maaf, kalau selama ini saya selalu menyusahkan abang."

Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan,

"Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu stress kerana perilaku kami."

Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia membatalkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia minum, petang semalam?

Dia pergi bertemu dengan gurunya lagi.

Apabila melihat raut wajah pemuda itu, rupanya guru langsung mengetahui apa yang telah terjadi,

"Buang sahaja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh, Apabila kau hidup dalam kekinian, apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila sahaja, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan jenuh, tidak akan bosan. Kau akan merasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan."

Dia mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan guru, lalu pulang ke rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Konon, dia masih mengalir terus. Dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP!

Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul, tapi merupakan suatu anugerah untuk dinikmati.


p/s: tak perlu kot nak buat saspen sebab ni saya copy. hehehe. maaf. moga ada manfaat.

jom turun mengundi

1 comment:

izzudin hafiz said...

cerita yng menarik..huhuh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...