Friday, February 5, 2010

bebas..



Lama sungguh rasanya saya tidak menulis dengan situasi yang tenang. Susah benar. Ketenangan itu sering di himpit dengan pelbagai factor. Report, kawan, aktiviti biasanya menjadi penghalang. Susah benar beroleh ketenangan.
Apa itu tenang?
Pernahkah kamu merasa hidup di dunia sendiri, hatinya penuh dengan keceriaan tanpa hasad-hasad. Tanpa ada orang lain dalamnya.seperti separuh sedar. Kadang-kadang kita termenung jauh tapi tidak ada apa-apa yang di fikirkan. Cume termenung.
Kerap kali saya berfikir, alangkah indahnya kalau saya ini tidak di kenali. Tidak berada di kalangan manusia yang sedang bercakap-cakap kosong . Tidak berurusan dengan manusia yang penuh dengan tipu helah, topeng dan sebagainya. Pasti saya tidak terfikir-fikirkan pasal mereka. Pasti saya tidak punya hasad dengan mereka. Pasti saya hidup dengan hati yang tenang.
Kerap kali juga saya berfikir, alangkah baiknya jika saya tidak petah bercakap, tidak faham akan lawak-lawak yang menyebabkan ketawa yang berlebihan. Tidak boleh mempengaruhi orang lain. Tidak buat kerja untuk orang lain, pasti saya akan tenang tanpa memikirkan kesilapan saya saban hari. Pasti hati saya tenang dan tidur nyenyak.
Susah benarkan mendidik hati. Mungkin lidah petah berkata-kata, tangan pantas menaip tulisan-tulisan tapi dalam hatinya siapa yang tahu.
Teringat saya semasa zaman sekolah menengah agama arab azhariah dan madrasah tahfiz mase ting. 2. Semasa itu hidup ini 24 jam untuk belajar, tidak punya masa. Siangnnya dengan sekolah menengah dan malamnya untuk madrasah tahfiz. Hujung minggunya untuk tabligh. Tapi tarbiyah itu tidak dapat saya bawa sampai sekarang. Kalau masa itu masa saya habis di atas masjid , masa sekarang habis di hadapan laptop.
“Ko ni tak puas hati dengan diri ko.” Kata sahabatku semalam.
Benar, saya tak puas hati. Saya ingin lari dari segala hal-hal yang dapat ‘mengacau’ hati saya. Jika saya tiada, buat-buatlah tak Nampak
Aku ingin bebas….
Dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang
P/s: jangan fikir saya mahu jadi tarzan, bukan…

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...