Monday, November 9, 2009

kalaulah..


pagi tadi mak telefon hendak bertanya khabar. katanya nak dengar suara sebab saya sendiri pn dh lama tak menelefon memandangkan raya haji tak lama lagi. dapat balik juga akhirnya. sedikit tersentuh.

dari dalam bas untuk balik ke hukm lepas raya eidulfitri saya melihat ramai mat - mat motor dan kaki-kaki lepak sepanjang perjalanan. saya bermonolog sendirian

adakah mereka ini tak punya ibubapa?
tak punya kesedaran?
tak tahu arah tuju hidup?
tak ada peraturan dalam hidup?

ini semua mengingatkan saya bagaimana saya di didik. perit. itu je yang mampu saya katakan pada 5 tahun yang lepas. tapi jawapan untuk sekarang telah berubah. bila rasional akal dapat mengatasi nafsu amarah kita dapat menggapai hikmah di sebalik segala sesuatu.

saya di didik dengan hidup dalam kesusahan. di kala sahabat-sahabat persekolahan mewah dengan segala pemberian tapi saya bersusah payah untuk memilikinya. sampaikan buku rujukan perlu saya usaha untuk memilikinya. katanya itu akan buat kamu lebih menghargai. saya terpaksa meminjam ataupun minta bantuan kewangan dari kakak. ini semua mengajar saya bagaimana perlunya pengorbanan. selalu kedengaran setiap kali ceramah motivasi, kita perlukan kesedaran untuk berjaya. kesedaran saya dalam terpaksa. semua keperluan atas usaha sendiri. itu membuatkan saya sedar berharganya ia.

saya di didik dalam kandang peraturan keluarga. ketat.. peraturan tak bertulis tapi pada hukumannya menyebabkan kami ingat.subuh, maghrib dan isya merupakan solat yang wajib berjemaah dalam keluarga. sejak saya kecil berumur 6 tahun. mengaji selepas maghrib dan subuh juga tak ketinggalan. meninggalkannya seperti mengundang azab yang tak akan di lupakan sepanjang hidup. ini membuat saya berdisiplin. masa akan saya tepati. jika tak maksudnya saya tak datang.

saya juga di didik untuk merendahkan diri. malu... itu perkataan yang dapat saya luahkan pada zaman persekolahan. segala material luaran saya amat 'kuno'. paling ketinggalan zaman. saya selalu menjadi bahan ejekkan. bukan tak punya kewangan tapi tak mahu saya bangga dengan semua itu. mahu saya merasai betapa peritnya mereka yang susah lain.

dan banyak lagi kalau nak di tulis disini...

tapi sekarang saya redha, amat berterima kasih kerana semua itu membuatkan siapa saya sekarang. mungkin bukan seorang yang sempurna tapi saya sangat-sangat bersyukur dengan siapa saya sekarang. tidak menjadi seperti mereka-mereka diatas dan mereka-mereka yang hipokrit. saya sekarang ini adalah benar tak mempunyai topeng kerana saya tak memerlukanya kerana saya bangga dengan siapa saya sekarang.

semua ini adalah hasil dari ibubapa saya. mungkin bagi sesetengah pihak mengatakan cara yang paling baik adalah berhikmah. benar.. tapi cara mereka pun tak salah. buktinya ada di depan mata.

tapi sayang kami sering memendamkan perasaan.

andai saya tak sempat melafazkan tolong sampaikan kepada mereka.

'saya sayang mak dan abah'

perkataan keramat yang bagi kami sekeluarga amat susah untuk di lafazkan. kalaulah diberi kekuatan

wallahu'allam

"kalau nk dibandingkan nikmatMu berapa sangatlah syukurku"

5 comments:

Anonymous said...

ttbe rase homesick ble bc post nie...wink~~

Unknown said...

blik la umah selagi ade masa..

Anonymous said...

nape susah nak lafazkan ayat yg mudah dan bermakna tu?

Unknown said...

sape ek anon ni? bleh knal? mengikut cara kita di didik dan persekitaran. tp non verbal bleh kan?

jusmet said...

Salam.. merasakan perkara yg sama.. betapa susahnya utk menuturkan syg..~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...