Monday, November 2, 2009

nak menang???


Sejak memasuki kolej yang baru ni saya rasa kesunyian. Ya sunyi tidak seperti kolej yang sebelum ini. Dengan masa dan kondisi yang ada, saya rasa kurangnya berjumpa dan bercakap dengan rakan tambahan pula tak dapat berbual dengan junior memandangkan kami adalah yang paling muda kat sini.

Surau. Itulah tempat yang dapat mengumpulkan kami. Di situlah tempat kita berjumpa lepas solat jemaah. Tapi semua itu sepi. Ingin saya luahkan TAK RAMAI DATANG SOLAT JEMAAH. Tak kira mereka ini dari fikrah mana, itulah realitinya. Terutamanya waktu subuh. Tak kira muslimin ataupun muslimat. Sama je….

Kalau nak cakap pasal fadhilat ataupun tuntutan mesti semua orang dah tahu. ‘Nabi nak bakar rumah orang yang tak datang sembahyang subuh berjemaah’. Kita selalu dengar akan tuntutannya tapi kenape tak buat?? Sebab kita mangkuk (kata ust anuar).

Nak salahkan siapa???

Entahlah. Nak salahkan mak yang mengandung lagi ke? Kita semua dah besar panjang, dah cukup sempurna akal dah tahu dosa pahala, tahu antara hak dan yang batil.

Saya rasa bertuah sebab di lahirkan dalam keluarga yang jaga waktu subuhnya. Dari kecil di didik bangun subuh sehingga pukul 7 pagi untuk sembahyang dan mengaji. Walaupun kat sini kurang istiqamah sikit. Saya pernah di pukul kerana tertido masa wirid tapi terima kasih abah.

Kemana pulak mereka yang selalu bising ingin menegakkan islam?? Cukup dengan bercakap sahajakah?? Mana amalannya??

Masalah zaman sekarang, ramai yang tahu bercakap. Pidato mereka berdegar-degar, blog-blog mereka penuh dengan nasihat dan semangat tapi yang mana untuk mereka?? Syeikh nuruddin al banjari pernah mengatakan bahawa zaman sekarang bukanlah tiada orang untuk berdakwah tapi kurangnya idola ataupun model yang perlu di tonjolkan. Pada Zaman nabi dan sahabat, mereka lebih banyak beramal dari bercakap. Nabi sendiri adalah Al quran yang berjalan di muka bumi. Nah, mana kita??

Kemenangan islam akan tercapai bilamana sembahyang subuhnya sama dengan sembahyang jumaat.

Sempatkah kita???

Wallahu’allam


6 comments:

alfath said...

mmg benar kata abg..sy sokong! rahsia subuh terdapat 1001 macam rahsianya.. kalau umat Islam betul2 memahami kepentingan nya pasti boleh maju sekarang ni. berkat pagi yg dimulakan pasti menjadi hidup sepanjang hari lebih baik. malang sungguh bagi yg bgun lewat..pasti die xmerasai keindahan waktu subuh itu..ana pelik kalau pejuang Islam sndiri hendak memperjuangkan Islam tetapi lewat solat subuh..ada ungkapan untuk bgun subuh lewat ni...hati keras..wallahualam. ni bukan ana ckp, tp ustaz kat sebelah rumah ana yg ckp..masa die ckp tu kebetulan ana baru bgun subuh lewat gak arr..huhu sedih2..doktor pn ckp waktu plg bagus utk study adalah lepas subuh sebab tu fikiran kita cergas, fresh..baru umat islam boleh maju betul x?

alfath said...

abg..sy mohon izin link blog abg yer..

Unknown said...

boleh2..
ceria sket blog abg ni kalu fatih ade..
cepat2 masuk ktdi..

alfath said...

haha..mmg sy dh xsabar pn..
kat sini mcm2 fe'el ade..pening kepala..
kalo ade abg, bole borak2 sket..kat sini sy bole borak ngan buddy sy jer..xtaula die ske ke x..haha
jgn risau bang, smpai sane nnti kte jd geng!
kalo abg ade prob ke, sudi2 la citer eh..sy ske dgr prob org lg2 kalo sy pn ade prob mcm tu..
p/s: ni lagu ape? sedap gk..bole insaf dgr..

Unknown said...

lagu debu2 dosa kalu x silap..
geng upin dan ipin.

DIKTATORMEDIA said...

Salam ziarah, & juga salam taaruf. Jemput ke blog ana & mohon tnjuk ajar. Sama2 kita lebarkan jaringan dakwah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...