Friday, July 9, 2010

mengengam bara api



pernahkan kita berasa kecewa kerana kita melakukan sesuatu kebaikan dengan sebaik-baiknya tapi masih di pandang kurang oleh orang sekeliling. malah kadang-kadang itu ada yang membantah dan menghalangnya. hal tersebut membuatkan kita kecewa, frust, marah dan lain-lain. kita ini manusia biasa. setiap perkara yang di lakukan punya kelebihan dan kekurangan. pasti ada pihak yang puas, ada juga pihak yang meng'ok'kan dan ada juga yang tidak puas. itu perkara biasa. lumrah kehidupan. persoalannya bagaimana kita menghadapinya.

golangan yang tidak puas ini terbahagi kepada 2 golongan. golongan pertama adalah mereka yang jelas tidak mahukan sesuatu kebaikan dari islam. ia tidak percaya islam itu penyelesaian terhadap segala permasalahan umat. dan golongan kedua adalah mereka yang percaya. alhamdulillah. tapi bagi mereka perbuatan kita tidak betul. itu juga perkara biasa. kalau tidak masakan kita di malaysia ini sahaja dah punya banyak jemaah yang masing-masing berlumba kepada kebaikan. berlumba-lumba mengatakan mereka adalah lebih baik. belum tengok di indonesia lagi. pilihanraya sahaja banyak parti islam yang bertanding. malaysia ada satu je. apa yang membezakan mereka? masing-masing merasakan mereka adalah yang terbaik.

cuba kita muhasabah kembali apakah niat dan tujuan kita melakukan sesuatu kebaikan? adakah kerana Allah. jika di katakan niat dan tujuan kerana Allah tapi masih tidak total. kenapakah?

perlu kita ingat bahawa jika setiap perbuatan yang tidak total kerana Allah, kita akan sering di landa kekecewaan. kerana kita punya niat yang selainNya. sehinggakan bila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan hal itu kita terus kecewa dan marah. tidak jarang pula kita menyalahkan sebab-sebab yang ada. sedangkan sebab sebab itu juga di cipta oleh Allah.

anggaplah teguran dan ketidakpuasan hati oleh pihak-pihak itu adalah teguran dari Allah agar kita meluruskan dan memperbetulkan niat kembali. seblum terlambat.

Rasulullah Saw bersabda ”Allah tidak menerima amal kecuali apabila dilaksanakan dengan ikhlas untuk mencari ridha Allah semata.” (HR Abu Dawud dan Nasa’i)

cubalah tanya kembali, adakah setiap kebaikan yang dilakukan perlu di sertai dengan kepentingan peribadi? ketahuilah bahawa mereka ikhlas itu tidak pernah meletakkan harga dunia sebagai bayaran. dia cume menunggu pembalasan yang paling berharga dari Allah.mereka sedikitpun tidak menjadikan penilaian makhluk mengatasi peniilaian Allah.

jangalah berputus asa dalam membuat kebaikan dan memperjuangkan islam. jangan lepaskan bara api yang ada di tangan kita kerana kita pasti menyesal merinduinya setelah ia hilang nanti.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api".
(H.R. Tirmizi)

wallahua'lam

8 comments:

Anonymous said...

Terima kasih kerana menyedarkan kelalaian ana..Semoga kita terus maju melangkah ke jalan yang diredhai Allah SWT..

Anonymous said...

artikel bagus. I.Allah, semua drpada Allah dan smga krna Allah... jika kita berbuat TOTAL krna Allah. seharusnya tiada utk niat lain, dan inilah kemanisan keimanan y dicari. "Adakah kamu dikatakn beriman sedangkan kamu belum diuji?"
maka bila ada kritikan dan teguran, percayalh itu adalah ujian terhadap niat dan pengakuan keIman y sering kita laungkan. wallahualam.

Unknown said...

artikel ini untuk diri sendr dan sahabat jgk. sama beringat dan selamat beramal..

Anonymous said...

salam..benar sekali. kita perlu sentiasa ingat bahawa bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. Illah atau keutamaan sbgai seorg islam adalh HANYA SATU, yakni kpd Allah dan tidak ada yg lain. Sahabat,teruskan menulis dan mengingatkn sahabat2 lain. Syukran jazilan~

Anonymous said...

dan (ingatlah)bagi Allah jualah kesudahan segala urusan-Al Hajj:41

Unknown said...

insyaAllah.. selagi di beri hidayah dan taufik takkan pernah saya berhenti.. kerana kita sama2 mahu menggapai redhoNya.

kawan mije said...

salam..
mantop blog..

by kwn mije xd link..

Unknown said...

wslm.. rmai kawan, sape nih? kenalkan dr la..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...