tok bah bersama cucu dan cik su
weekend hari tu saya menyertai sunathon anjuran jabatan surgeri. sunathon ni di buat setiap tahun kepada anak-anak staff HUKM. tahun lepas tak sempat join jadi tahun ni memang nak join walaupun hari tu ada on call kat labour room dan kejadian yang paling menggeramkan terjadi. tapi tu cerita lain la. yang ni pasal sunathon.
alhamdulillah, dapat jugak akhirnya belajar berkhatan ni. sebab dia bukan dalam silibus. tak de pun pelajaran ni. rasanya saya perlu belajar kerana ia tuntutan dalam islam mana mungkin biarkan kejahilan begitu sahaja sedangkan saya berada dalam bidang ini. terima kasih Dr kerana beri peluang untuk assist dan mengajar dengan baik.
sedang saya mengassist di bilik bersama Dr, terdengar suara di sebelah menjerit. kuat benar bunyinya. semua pergi ke sana untuk tolong pegang budak tu. saya tak boleh sebab tengah sterile dan pegang foreskin. tak pe. habis yang ni dapat la pergi tengok apa kena sebelah sana.
habis sahaja patient tu, terus saya pergi lihat bilik sebelah. ada 5 orang tengah pegang budak berumur 12 tahun yang menjerit. pada mulanya tak tahu apa yang di jeritkan. bila di amati, masyaAllah dia tengah membaca surah al ikhlas. tergamam saya sebentar. dalam kesakitan dia ingatkan Allah. dalam orang ramai tengah menghalang pergerakannya dia ingat Allah. dalam dia tak mampu buat apa apa dia ingat Allah. terpaku saya memikirkan adakah saya begitu di kala jiwa dan badan lemah dalam ketidakmampuan.
bila dia menyebut 'ahad' dalam surah itu teringat saya pada kisah bilal bin rabah. ingat tak? kisah yang sangat memberi kesan kepada mereka yang tidak mampu. bilal merupakan dari golongan hamba. hamba kepada Umayyah bin Khalaf. orang yang hitam sampaikan di ceritakan jika berjalan di hari yang gelap hanya menmpakkan gigi sahaja.
bilal merupakan antara yang pertama memeluk islam. selepas peluknya sumayyah. kenal sumayyahkan. beliau yang syahid di tombak oleh quraisy. manakala bilal pula di seksa tanpa henti setelah di ketahui beliau pengikut nabi Muhammad.
hebat sekali seksaan Umayyah kepadanya. di letakkan di tengah padang pasir di kala matahari berada di atas ubun-ubun. di pakaikannya pakaian besi. melecet seluruh badan, di letakan batu besar di atas badanya dan segala macam seksaan. yang terkeluar pada mulut bilal hanyalah perkataan ' ahad...ahad..ahad' setiapkali kesakitan yang menimpanya, hanya perkataan itu yang keluar.
Allahuakbar. hebat benar ia dalam mempertahankan aqidahnya daripada menyembah Latta wa 'uzza. kerana di hatinya hanya ada Allah.
terfikir saya keadaan budak yang berkhatan itu. sampai bila di hatinya ada kebesaran Allah. dengan anasir -anasir yang menyerang setiap sudut bisa meruntuhkan aqidah. murtad yang berleluasa di malaysia. amat membimbangkan keadaan kanak kanak yang di didik lama. kenal Nor Aishah Bukhori? gadis melayu yang di murtadkan sedangkan ayahnya seorang imam... anasir-anasir ini boleh di bendung dengan kuasa. pihak berkuasa harus bertanggungjawab.
tolong jangan rosakkan mereka...
ingat post saya yang lepas? anak saudara saya yang masuk NICU lepas bersalin. sekarang dah sihat dan kuat. ni la dia. Muhammad ibn Al Muslim. insyaAllah aqidahnya di jaga Allah..
SALAM MAAL HIJRAH 1432
2 comments:
pengalaman mematangkan iman
pengajaran: jgn sunatkan anak masa dia umur 12thn, lambat sgt tuh.. =)
Post a Comment