Wednesday, April 27, 2011

buku..

assalamualaikum wrt..

alhamdulillah kelmarin bersama sahabat ke pesta buku di pwtc. memang acara tahunan untuk mengunjunginya. tiap tahun menambahkan koleksi buku. walaupun jujur saya katakan saya tak pernah habis dalam membaca sebuah buku yang di beli secara sukarela. kalau paksa itu mesti habis seperti buku medic nih. entah kenapa ye.

tapi tetap juga untuk menambah buku setiap tahun. teringat saya pada nasihat dr Aziz. kumpullah buku pada zaman student nih. jadikan ia pustaka masa kita kerja nanti. bila kerja nanti dah tak tau nak baca apakan dan sibuk dengan kerjaya. lebih kurang macam ni lah. kata katanya buat saya berfikir memandangkan saya ni bukanlah pembaca buku yang tegar. tidak tido untuk habiskan buku. skip2 boleh la. so, mini library saya in progress. ( mcm mana nak bawak balik nanti?)

buku pada tahun ni paling berbaloi. setiap kali membacanya saya rasa sungguh bertuah Allah menemukannya pada saya. tajuknya Khowatir Quraniyah tulisan Amru Khalid. penulis ni saya pernah dengar akan kehebatan menulis buku buku motivasi dalam blog maya tapi tak pernah menjumpai bukunya. bukanlah saya mengutamakan ia dari tafsir muktabar yang lain seperti ibnu kathir, al munir dan fi zilalil quran tapi semua tu sudah ada dalam pdf dan internet. harganya juga belum mampu untuk di beli. walaupun tidak ada di tangan tapi ada di laptop.


buku ini bukanlah tafsir al quran tapi sangat penting untuk memahami tujuan surah surah dalam al quran. di terjemahkan dalam bahasa indonesia. biasalah di indonesia ramai penaja untuk menterjemahkan kitab kitab arab ke bahasanya tidak seperti malaysia yang hanya buku buku tertentu sahaja. sebab tu suka saya pergi ke booth Alam Raya milik keluarga sahabat tantawi. banyak sangat buku buku menarik di situ. pergi lah ke sana

di tanya ' sedap sangat ke buku tu?'

setiap orang punya minat pembacaan yang berlainan. ada yang buku motivasi je memanjang. ada yang suka penerangan melalui novel. ada juga secara bergambar.

so, saya jawab depend lah. kesukaan saya lebih kepada ayat Al Quran. kalau di beri peluang untuk mendalami pelajaran selain medic ni pasti saya ambil tafsir Al Quran. sebab setiap saat hidup kita adalah dengan Al Quran, mentadabburnya pasti tidak enak tanpa maknanya. mendengarnya juga kosong tanpa hikmahnya. di tambah dengan hafazan yang ada membuatkan saya mahukan penghayatannya. saya mahu membaca dalam sembahyang seolah-olah bercakap sendiri dengan tuhan. saya mahu mendengar ayat quran itu seperti Allah tengah berbicara dengan saya. masakan dapat saya menangis tanpa mengetahui ayat ayat yang di baca?

Allahuakbar..

moga Allah memberi petunjuk yang benar dalam saya memahami apa yang hendak Allah sampaikan...

wallahua'lam..

p/s: hari pertama beli satu sahaja buku. besok pegi lagi untuk buku yang seterusnya..
-sudah pasti saya belajar bukan hanya membaca sahaja..
-blajar ikut pintu bukan ikut tingkap

1 comment:

AmirahFansuri said...

salam. bagus la wat mini library sendiri... boleh la beli kat kedai buku online http://jillulqira.blogspot.com/
(leh promote kedai ke kat cni? hehe :P)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...