Wednesday, December 14, 2011

sudah berpunya?

sejak saya sekolah menengah saya paling tak suka bila kawan saya sudah berpunya, tambah tambah kalau pasangannya satu cos, satu kelas ataupun berdekatan.

sebab mereka akan berubah..

sudah tidak seperti kawan yang dulu.
ceria,
senang di ajak berbual tanpa batasan,
senang di ajak pergi berhibur,
ketawa sama sama,
tak kedekut,
tak mudah emo..

hebatkan seorang perempuan itu boleh mengubah lelaki, dalam sekelip mata sahaja. kalau mak yang suruh 10 tahun lagi belum tentu berubah. berfikir saya, perubahan ni bermakna apa?

mature?? ataupun bahasa melayunya matang??

jadi tinggallah saya yang tidak berpunya ini berseorangan dalam melakukan perkara perkara di atas. kadang kadang keseorangan tapi nasib baik ada wan cah/nazil meneman kalu nak pergi program mana mana. mereka ni berubah sikit je walaupun dah berpunya (ye ke?)

tapi saya tak kata semua orang dan benda itu salah. silakan...

tak pernah di haramkan berpunya sebelum kahwin. berpunya di sini bermaksud bertunang ataupun kedua dua pasangan sudah pun bersetuju mendirikan rumah tangga. di halalkan melihat atau berjumpa malah boleh mengintip lagi berdasarkan hadis.

timbullah pula persoalan setakat mana yang boleh di lihat. jawapannya kalau ikut mazhab syafie/ majoriti adalah muka dan tapak tangan. bahkan ada minoriti iaitu mazhab az zohiri mengatakan boleh melihat 'semua'. mereka mengambil zohir kepada hadis nabi menyuruh lihat perempuan yang hendak di nikahi.

"kenapa tapak tangan?" tanya cosmate saya.
itu lelaki je yang tahu.  ustaz yang bagi ceramah maal hijrah kat surau pun dah bagitahu. tapi ada lagi la..

tetapi di sana ada jalan yang benar dalam proses bertunang ini. bukanlah boleh dating berdua duaan sebab dah setuju untuk kahwin. caranya kenalah betul. syariat mestilah di jaga. mahram mestilah kena ada. bagaimana approach adalah masing masing punya style.

saya gembira bila sahabat sudah pun berpunya (majoriti). saya doakan ia akan berkekalan dan kita berjumpa dengan pasangan masing masing bila family day nanti 10 tahun akan datang dan di syurga nanti.

cuma syaitan tak akan pernah biarkan pasangan yang dalam proses yang halal ini begitu sahaja. ada sahaja akan di godanya.

1. cara yang pertama:

cara ini cara biasa di gunakan. mereka akan menghasut agar lebih kerap berhubung dan lebih intim. menimbulkan zina hati dalam pasangan tersebut. mulalah ber 'sms' yang bukan bukan. calling calling yang tidak perlu. tak ubah seperti pasangan haram yang lain.

2. cara kedua:

biasanya bagi mereka yang warak dan tawadhu'. mereka akan datangkan perasaan mesti ada yang lebih baik untuknya. di luar sana belambak lagi mereka yang lebih cantik , soleh , solehah dan berilmu. mula di cucuk keraguan di hati pasangan.

perlu di ingatkan balik bagaimana kita bermula proses ini. permulaan yang baik insyaAllah akan berakhir dengan baik. jangan kita kotorkan dengan lemahnya kita pada godaan.

bermulanya kita bersejutu menjadikan Dia sebagai pasangan mestilah dengan istikharah dan sebagainya. bulat tekadkan pendirian itu. islam tidak mengajar untuk memutuskan ukhwah sesama muslim. tetapi jika di dapati tidak sekufu dan di rasakan tidak boleh di teruskan maka buatlah dengan baik.

hatta bila ahli keluarga saya yang berkahwin pun saya tak suka. kakak saya dulu yang suka belanja adik beradik pun busy dengan keluarga. hurrmm.. tapi itu yang terbaik untuknya. saya doakan juga.

"jangan kahwin awal sangat, ambo x puas lagi ado abe" sms adik saya

saya hanya senyum sendirian...


Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silatur-rahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

10 comments:

Eiykin Sshi said...

"jangan kahwin awal sangat, ambo x puas lagi ado abe" - paling epik :)

Anonymous said...

kawin awal la bagus. kalu x esk2, anak kecil lg tp kita dh tua..hehe

Al-Mizan said...

mesti. kawin awal la best. anon dah kawen ke?

Anonymous said...

hmmm...lambat lg laa nampaknye nk merasa nasi minyak encik al ni...takpe encik al, maintain awet muda je hehe

Al-Mizan said...

SN@anon la kawen dulu. lelaki kna cari duit nk kawen.. ssh skit, huhu

Anonymous said...

cari duit pun xsemestinya kene banyak. papepun, moga Allah permudahkn

Al-Mizan said...

x semesti kena banyak??? cube jelaskan

Anonymous said...

hmm...

pertamanya, nape Encik Al ckp laki nk kena cari duit? sy xtahu la ap sebabnya bg Encik Al, tp bg sy, laki kena cari duit utk nafkah bakal keluarganya tu, mahar n hantaran n utk tanggung majlis kesyukuran tu nt. tp bg sy, sume ni pun blh dibincgkn, n hantaran tu pun xsmstinya pihak laki je yg tanggung, kluarga pun blh mmbntu sdikit sbyk dr segi penyediaan majlis tuh~ Allahua'lam. mgkn situasi berbeza bg setiap org.

Anonymous said...

huuu...encik al dapat kuliah neh ngan anon....situasi mmg berbeza sbb klu SN sendiri xnak menyusahkn keluarga...biar sederhana,tp kita punya usaha...SN vote untuk bekerja dulu hehe

Al-Mizan said...

alamak.. pening yng mana satu anon.. kna buat anon1, anon2 nih. hehe

alhamdulillah kalau ada mcm tu, saya xde pengalaman lg. tp mengikut kawan2 begitulah. benar, situasi setiap orang berbeza, pegangan dan adat juga berbeza, moga kita semua di permudahkan...
jom kawen!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...