Sunday, July 1, 2012

katakan CINTA





meluahkan cinta dan sayang tak mudah

tapi , saya pelik dengan perempuan di facebook duk sayang menyayang di bahagian comment



yang selalu gaduh gaduh pun banyak tapi senyap senyap macamlah orang tak tahu


adik perempuan saya pun begitu.


tidak segan mengucapkan kepada mak dan abah


kalau saya macam tak mungkin keluar je...




kata cinta nabi Muhammad saw


tahu tak nabi tak segan dengan mengatakan cinta.


bagaimana baginda mengungkapnya?


nabi tunjuk 2 cara...


cara pertama


yang pertama Direct. nabi dengan secara lansung menuju rasa kasih dan sayangnya dengan ucapan.


saya mendapat sanad hadis ini melalui 2 orang ulamak. dari syeikh Nuruddin Al Banjari dan Syeikh Dr Usamah Sayyid Al Azhari.


Riwayat daripada Muaz bin Jabal yang menyatakan (yang bererti) :"Wahai Muaz! Demi ALlah! Sesungguhnya aku MENYAYANGIMU. Janganlah kamu meningalkan doa berikut setiap kali selepas solat iaitu :


"ALlahumma a'inni 'ala zikriKa wa syukriKa wa husni 'ibadatik"
 

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, al Nasa'ie dan telah dihukumkan sahih Imam Ibnu Hibban dan al Hakim.


jika nak di sayangi Allah dan rasulNya bacalah doa ini


doa yang jarang saya tinggal setiap kali solat fardu. 

berharap saya juga akan di cintai rasulullah




cara yang kedua


Di dalam peristiwa perang khaibar yang sangat sukar di takluki oleh tentera Islam. nabi bersabda "saya akan menyerahkan panji peperangan esok pada seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasulnya dan di cintai oleh Allah dan Rasulnya"


sahabat masing masing berharap di pilih di beri panji tersebut untuk mendapat pembuktian bahawa Allah dan Rasul menyintainya. sampaikan saidina umar ada menyebut tidak pernah dia merasakan kehendak menjadi pemimpin seperti waktu itu.


lantas keesokan harinya setelah selesai sembahyang subuh nabi memanggil mencari cari saidina Ali RA yang tidak hadir kerana sakit mata. saidina Ali lah di berikan panji tersebut.


cara kedua ini lebih indirect tapi jelas maksudnya.


kita cintakan seseorang dengan perilaku kita. dengan menolong , membantu , mendengar membuktikan kecintaan kepadanya.



CINTA itu ajaib

perasaannya tinggi

bukan hanya MINAT

tidak setanding dengan SUKA

lebih lagi dari KAGUM

cinta di susuli dengan keperitan

bersama dengan pengorbanan

beruntunglah bagi mereka yang DICINTAI

apatah lagi oleh ALLAH dan RASULNYA




bagi lelaki

lelaki memang susah untuk mengatakan cinta. bak kata kawan saya 'love is a verb'

cinta itu adalah kata kerja ataupun fe'el. 

PERBUATAN

tapi mereka juga akan mengatakan cinta bagi yang selayaknya

katakanlah CINTA...


p/s:  -nabi cintakan seluruh ummatnya tapi kalau tak silap ada 3 hadis yang nabi menyatakan cinta secara personal.


      - kata orang ' love women who read, married women who write'. petua mencari jodoh..

       - segan2.. tapi ada satu lagi post pasal cinta. harap harap yang last untuk zaman bujang ni

       - esok pergi kem PPD selama 6 hari di Ulu Sepri


3 comments:

madziani said...

Salam.

Owh, nk nikoh doh. Mabruk2. Moga cinta sampai ke syurga!

Ir Jinggo said...

Salam.. Jazakallahu khair atas perkongsian.. Boleh diaplikasikan nanti, sesuaikan dengan keadaan.Heh.. Benar, setuju dengan anda, susah sungguh untuk ungkapkan cinta.. Tapi sedih, remaja sekarang permainkan cinta, padahal yang mereka taruhkan hanya nafsu semata-mata

Mizan Mustapa said...

wasalam ani,

jgn salah faham. maksudnya tggu kawin dulu la baru nak tulis pasal cinta. bler tu wallahua'lam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...