Friday, February 26, 2010

cinta rasul


sambil-sambil baca bleh on video ni..

walaupun sesekali saya ada sedikit penyesalan tidak memilih kelantan sebagai tempat belajar tapi di sini saya belajar banyak benda juga. saya belajar kehidupan luar. belajar menjadi seorang yang lebih berdikari dari segi semua hal, sebagai pemimpin, tempat rujukan, sahabat, pejuang dan  lain-lain.

paling penting di sini saya banyak mengetahui ilmu-ilmu yang mungkin takkan dapat di kelantan seperti akidah yang mendalam, ahli sunnah wal jamaah, wahabi, khawarij, tarekat, perselisihan mazhab, jemaah islam. saya juga berpeluang bertemu para masyaikh yang juga  mungkin tak sampai di kelantan seperti sheikh nuruddin, sheikh fuad kamaludin, syeikh fahmi zamzam dan para habaib keturunan rasulullah.

paling saya gembira bila mendengar tazkirah dari habib umar yang sangat menyentuh hati. ulama keturunan nabi dari yaman. buatkan saya rindu untuk berjumpa dengan nabi saw. namun tiap-tiap kali merasa begitu hati juga terdetik, malunya kalau bertemu dalam keadaan sekarang yang serba kurang. Allah...

kita mengatakan cinta pada rasul tapi sering melanggar sunnahnya. sering kita bergaduh sesama muslim. sering kita saling jatuh menjatuhkan. membuatkan dunia semakin hari gelap tanpa cahaya. cubalah kita setiap kali cuba melakukan setiap perbuatan, fikir apa yang rasul kata atau buat. insyaAllah pasti terjamin.

tak dapat saya ceritakan tentang rasul kerana ia terlalu agung. tak ada sebarang makhluk yang dapat menjelaskan secara tepat. jadi saya tinggalkan video di bawah untuk tatapan.


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah


-hijjaz-

1 comment:

Anonymous said...

Salam..alhamdulillah. Satu lagi peringatan untuk menyedarkan betapa agung dan hebatnya Nabi Muhammad. Bersyukur lah kita menjadi umat Nabi Muhammad. "Kamu (wahai umat Muhammad)adlh sebaik2 umat yg dilahirkan bagi (faedah)umat manusia,(kerana) kamu menyuruh berbuat segala yg baik dan melarang drpd segala perkara yg salah(buruk dan keji),serta kamu pula beriman kpd Allah (dengan sebenar2 iman)-Ali 'Imran:110

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...